Kajian Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier terhadap perbezaan sampel seramik dari Dinasti Song dan zaman moden

Ryan Nicholas Stidi (2008) Kajian Spektroskopi Inframerah Transformasi Fourier terhadap perbezaan sampel seramik dari Dinasti Song dan zaman moden. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002827.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Dua sampel seramik yang berbeza dari segi jangka hayat dianalisis dengan menggunakan kaedah Sprektroskopi Inframerah Transformasi Fourier (FT -IR) melalui perisian OMNIC. Sampel yang diuji adalah seramik daripada zaman Dinasti Song (960-1126 TM) dan dari zaman moden (Tahun 90-AN). Spektra seramik tersebut dibandingkan dan didapati bahawa kedua-dua sampel seramik mempunyai bentuk graf dan puncak yang hampir sama. Kedua-dua sampel seramik didapati mempunyai puncak yang sama pada 3734.99 cm�¹ dan ini menunjukkan sampel-sampel seramik mempunyai getaran Silanol Si-OH Tunggal dalam kawasan kumpulan nombor gelombang silika. Sampel-sampel turut mempunyai struktur ikatan pada kumpulan berfungsi Asid Anhidrat Siklik dengan mempunyai getaran regangan simetrik C=O tepu pada 1875.88 cm�¹ dalam sampel seramik dinasti Song dan regangan simetrik C=O tak tepu dalam julat nombor gelombang 1860-1840 cm�¹ pada sampel seramik zaman Moden. Perbezaan spektrum yang ketara didapati dalam peralihan frekuensi julat 3750-3700 cm�¹dan 2000-1850 cm�¹ pada kedua-dua sampel menjadi penunjuk puncak yang baik, dimana terdapat perbezaan dari segi keintensitian puncak dalam julat tersebut. Kajian menunjukkan perkembangan teknologi mencetuskan penggunaan bahan berbeza dengan kuantiti bahan yang sedikit untuk menghasilkan mangkuk seramik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ceramic, OMNIC software, Song Dynasty, IR spectrum, frequency
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 May 2016 15:53
Last Modified: 30 Oct 2017 10:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13181

Actions (login required)

View Item View Item