Areezardah Dewit Alam (2011) Faktor-faktor merokok di kalangan penduduk Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002828.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Dalam era yang serba membangun ini, pelbagai kempen dan usaha telah dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan rokok yang diperbuat daripada tembakau di kalangan penduduk dunia. Kajian ini menganalisis tentang faktor-faktor merokok di kalangan penduduk Ranau. Saiz sampel kajian adalah sebanyak 157. Data yang dianalisis merupakan data primer yang diperolehi melalui borang kaji selidik yang diedarkan secara rawak kepada penduduk yang tinggal di sekitar Ranau. Kajian ini dijalankan menggunakan bantuan perisian komputer iaitu SPSS 17.0 dan Microsoft Office Excel 2007. Terdapat beberapa ujian dan analisis yang dijalankan dalam kajian ini antaranya ialah ujian kenormalan, analisis reliabiliti, analisls faktor, ujian non-parametric dan ujian ANOVA dua hala. Hasil kajian ini yang diperolehi mendapati 5 faktor dominan berjaya diekstrak daripada 23 item yang dicadangkan. 2 daripadanya adalah tidak normal dan dianalisis menggunakan ujian non-parametric test manakala 3 daripadanya adalah normal dan dianalisis menggunakan ujian ANOVA dua hala. Secara keseluruhannya, terdapat lima faktor utama yang menyebabkan penduduk di daerah Ranau merokok iaitu untuk kepentingan diri, terpengaruh dengan persekitaran, kurangnya pengetahuan tentang bahaya merokok, mempunyai kepentingan untuk merokok serta kurangnya keberkesanan kempen kesedaran merokok.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | cigarette, smoking, SPSS, awareness campaign |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 18 May 2016 15:53 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 10:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13183 |
Actions (login required)
View Item |