Taburan logam berat kadmium, kuprum dan plumbum dalam Monochoria hastata di Lagun Likas

Lam, Kwai Hiong (2010) Taburan logam berat kadmium, kuprum dan plumbum dalam Monochoria hastata di Lagun Likas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002939.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti taburan Cd, Cu dan Pb dalam sedimen dan bahagian-bahagian Monochoria hastata dari tiga stesen pensampelan yang terletak di lagun Likas. Cd, Cu dan Pb merupakan logam berat. Bahagianbahagian Monochoria hastata termasuklah akar, batang dan daun. Sampel telah diambil sebanyak tiga kali dalam tiga bulan, iaitu dari bulan November sampai bulan Januari. Sampel dihadamkan dengan menggunakan asid nitrik pekat 65% sebelum dianalisiskan dengan menggunakan mesin ICP-OES spektrometer. Nilai purata kepekatan Cd, Cu dan Pb paling tinggi di akar, masing masing mencapai 94.78 µg/mg, 312.27 µg/mg dan 285.68 µg/mg. Kepekatan Cd, Cu dan Pb dalam akar merupakan 4.91, 1.73 dan 40.58 kali ganda berbanding dengan batang masingmasing. Manakala nilai purata kepekatan Cd, Cu dan Pb paling tinggi di sedimen ialah 1.11 µg/mg, 123.76 µg/mg dan 120.58 µg/mg. Kepekatan Cd dan Cu lebih tinggi di Monochoria hastata berbanding dengan sedimen. Kepekatan Cd dan Cu di Monochoria hastata merupakan 17.59 dan 2.00 kali ganda berbanding dengan sedimen. Manakala kepekatan Pb lebih tinggi di sedimen berbanding dengan Monochoria hastata. Kepekatan Pb di sedimen merupakan 1.36 kali ganda berbanding dengan Monochoria hastata. Kepekatan Pb di sedimen merupakan 136% berbanding dengan Monochoria hastata. Secara keseluruhan, kepekatan logam dalam Monochoria hastata mengikut turutan Cd < Pb < Cu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sediment, Monochoria hastata, heavy metal
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 14 Jul 2016 10:12
Last Modified: 07 Nov 2017 11:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13565

Actions (login required)

View Item View Item