Usaha Malaysia dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang: satu tinjauan

Norcikeyonn Samuni and Nor-ina Kanyo (2013) Usaha Malaysia dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang: satu tinjauan. International Journal of Environment, Society and Space (IJESS), 1 (1). pp. 62-74. ISSN 2289-5299

[img]
Preview
Text
Usaha_Malaysia_dalam_membanteras_jenayah_pemerdagangan_orang.pdf

Download (44kB) | Preview

Abstract

Jenayah pemerdagangan orang merupakan suatu senario serius yang melanda dunia secara global. Hal ini menunjukkan bahawa dunia sedang berdepan dengan konflik pemerdagangan manusia pada tahap membimbangkan dan memerlukan keprihatinan daripada semua pihak. Jenayah ini merupakan suatu penganiayaan terhadap hak asasi manusia dan ianya juga melibatkan jenayah rentas sempadan. Situasi ini menuntut kerajaan pelbagai negara berusaha membanteras masalah ini menggunakan pelbagai pendekatan. Jenayah ini turut dialami oleh Malaysia, di mana negara ini juga melaksanakan pelbagai usaha dan pendekatan dalam menangani jenayah ini. Kertas kerja ini mengetengahkan usaha kerajaan Malaysia khususnya dari aspek perundangan bagi membanteras dan mengawal jenayah ini dari terus berleluasa. Artikel ini akan memperincikan latar belakang dan kerelevanan penubuhan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (MAPO) dan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdangan Orang (2010-2015) di negara ini dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang. Metod penulisan bagi tinjauan usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia adalah berasaskan pendekatan kualitatif iaitu melalui analisis kandungan ke atas sumber laporan kerajaan, MAPO, jurnal ilmiah, buku, artikel dan akhbar berkaitan. Artikel yang berasaskan sudut pengkajian geografi ini adalah petunjuk kepada kerelevanan bidang ini dalam meneliti permasalahan sosial bagi penambahbaikan polisi dan dasar, menjadi sumber rujukan ilmiah dan petunjuk kepada usaha dan komitmen Malaysia dalam menanganinya dalam konteks lokal dan global.

Item Type: Article
Keyword: Trafficking in Persons; MAPO; National Action Plan of Anti-Trafficking Persons; Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Dec 2016 11:35
Last Modified: 25 Oct 2017 10:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15262

Actions (login required)

View Item View Item