Geologi am dan sedimentologi Kampung Kerukan, Kuala Penyu - Kampung Bayung, Menumbuk

Zarinah Iris (2006) Geologi am dan sedimentologi Kampung Kerukan, Kuala Penyu - Kampung Bayung, Menumbuk. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000016.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini terletak pada kedudukan garis bujur 115º25' - 115º30' dan garis lintang 5º22' - 5º30' dari arah Timur laut ke Barat Daya yang mempunyai keluasan kira-kira 50 km². Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji geologi am dan juga sedimentologi pada bahagian Kampung Kerukan. Kuala Penyu sehingga kawasan Kampung Bayong, Menumbuk. Kawasan kajian ini terdiri daripada Formasi Belait yang berusia Miosen Atas hingga Pliosen dan juga aluvium yang diendapkan pada usia Kuaternari. Formasi Belait menunjukkan ciri-ciri seperti batu lumpur yang cerah, kehadiran volkano lumpur, batu lumpur yang tidak berlamina dan juga sifat butiran yang belum mengalami proses diagenetik yang lengkap. Penemuan fosil-fosil seperti ophiomorpha dan juga fosil surih juga menunjukkan bahawa kawasan ini terdiri daripada endapan laut cetek. Litostratigrafi kawasan ini menunjukkan ciri-ciri batuan seperti selang lapis antara tebal batu pasir dan juga batu lumpur, unit batu pasir, selang lapis batu pasir nipis dalam batu lumpur dan juga perlapisan unit batu lumpur tebal. Hasil analisis petrografi menunjukkan bahawa kandungan batu pasir adalah terdiri daripada mineral kuarza (70-77%), feldspar-plagioklas (1%), matriks (17-19%), serpihan batuan (3-8%) dan juga mineral lain (2%). Struktur sedimen yang ditemui adalah laminasi dan juga alur daripada jenis lapisan silang membaji. Geologi struktur yang dapat dilihat di kawasan ini terdiri daripada lineamen positif dan juga negatif, kekar dan juga sesar normal. Analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa arah canggaan yang utama adalah daripada arah Timur Laut dan juga Barat Daya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Sedimentology, Belait formation
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Mar 2011 17:41
Last Modified: 16 Oct 2017 13:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1666

Actions (login required)

View Item View Item