Kajian ketoksikan cypermethrin dan chlorantraniuprole terhadap Plutella xylostella L. pada tanaman kobis di Kg. Mesilau, Kundasang, Sabah

Andi Noor Hamizah Mohamud (2015) Kajian ketoksikan cypermethrin dan chlorantraniuprole terhadap Plutella xylostella L. pada tanaman kobis di Kg. Mesilau, Kundasang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian ketoksikan cypermethrin dan chlorantraniuprole.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai ketoksikan Cypermethrin dan Chlorantraniliprole terhadap Plutella xylostella L pada tanaman kobis telah dijalankan di Kg. Mesilau, Kundasang, Sabah. Kajian ini dijalankan selama lebih kurang enam bulan bermula dengan penanaman sayur kobis, kemudian pengumpulan dan pengambilan sampel pupa dan larva P. xylostella daripada Kg. Mesilau. Seterusnya, pembiakan larva ini telah dilakukan di makmal Fakulti Pertanian Lestari (FPL), pada suhu yang terkawal 25 ± 2°C. Data mortaliti telah dicatatkan pada jam yang ke 24, 48, 72, 96, dan berakhir pada jam 120 selepas celupan daun. Perisian PoLoPlus© yang digunakan bagi tujuan analisa kajian menunjukkan bahawa nilai dos efektif bagi bahan aktif insektisid Cypermethrin ialah 2245.109 ng/g, manakala bagi Chlorantraniliprole ialah 1167.107 ng/g. Berdasarkan hasil kajian ini, nilai dos efektif yang diperolehi adalah di bawah paras dos yang disyorkan oleh pengilang insektisid (Cypermethrin = 8323.7 ng/g; Chlorantraniliprole = 6173.41 ng/g) dan mampu membunuh separuh (50%) daripada populasi P. xylostella. Ujian 'parallelism' menunjukkan bahawa tiada perbezaan bererti bagi hubungan mortaliti dalam probit dan log dos bahan aktif insektisid. Namun, kecerunan pada graf probit menunjukkan Chlorantraniliprole (rm= 1. 772±0.140) menghasilkan ketoksikan yang lebih tinggi berbanding Cypermethrin (rm=1.738±0.133). Bahan aktif Chlorantraniliprole juga menunjukkan kadar mortaliti yang lebih tinggi dan lebih pantas berbanding Cypermethrin mengikut masa. Secara keseluruhannya, kedua-dua bahan aktif yang digunakan dalam kajian ini adalah berkesan bagi mengawal populasi P. xylostella.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: toxicity, Cypennethrin, Chlorantraniliprole, cabbage, Plutella xylostella L., cultivation
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:08
Last Modified: 20 Nov 2017 10:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/16866

Actions (login required)

View Item View Item