Kesan substrat yang berbeza ke atas pertumbuhan cendawan tiram (Pleurotus ostreatus)

Sitti Hawa Hajlra Mohamed Husin (2012) Kesan substrat yang berbeza ke atas pertumbuhan cendawan tiram (Pleurotus ostreatus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
kesan_substart_yang_berbeza_ke_atas_pertumbuhan_cendawan.pdf

Download (601kB) | Preview

Abstract

Pleurotus ostreatus atau lebih di kenali sebagai cendawan tiram sering di tanam sebagai sumber makanan. Tandan sawit kosong (TSK), sabut sawit tertekan, habuk papan dan jerami padi digunakan sebagai bahan mentah untuk dijadikan substrat. Enam komposisi substrat yang berbeza akan disediakan sama ada bersendirian atau dengan kombinasi dengan bahan mentah yang lain. Habuk papan adalah sebagai kawalan. Setiap rawatan mempunyai lima replikasi. Bahan mentah ini di campur dengan dedak padi dan juga kapur pertanian dengan menggunakan nisbah yang tetap. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti bahawa masa yang diperlukan untuk miselium memenuhi bag substrat (F6,33 = 32.202, P<0.05) dan pembentukan pinhead (FS,26 = 4.447, P<0.05) tetapi bagi pembentukan jasad buah tidak terdapat perbezaan bererti (F4,21 = 1.355, P>0.05). Analisis berat jasad buah cendawan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti (F4,21 = 15.850, P<0.05) bagi purata diameter pileus, terdapat perbezaan bererti (F4,21 = 10.948, P<0.05).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pleurotus ostreatus, Empty fruit bunch (EFS),rice bran ,lime
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 Jun 2017 08:40
Last Modified: 13 Oct 2017 14:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17066

Actions (login required)

View Item View Item