Pemencilan bakteria Endoat daripada Camellia Sinensis L. untuk ujian aktiviti antimikrob dan kesan terhadap pertumbuhan Amaranthus Sp.

Norashikin Sabudin (2014) Pemencilan bakteria Endoat daripada Camellia Sinensis L. untuk ujian aktiviti antimikrob dan kesan terhadap pertumbuhan Amaranthus Sp. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
pemencilan_bakteria_endofit_daripada_camelia_sintesis.pdf

Download (810kB) | Preview

Abstract

Endofit adalah mikroorganisma yang berada di dalam perumah tumbuhan, mereka mengkoloni tisu tumbuhan yang berada di bawah lapisan sel epidermis tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan yang jelas atau jangkitan kepada perumah, ia hidup di dalam ruang interselular tisu dan boleh menembusi sel hidup yang lain. Kebanyakan kajian terdahulu menyatakan tumbuhan yang menjadi perumah kepada mikrob endofit akan rintang kepada pelbagai jenis patogen kerana mikrob ini berupaya menghasilkan antibiotik. Selain itu, mikrob endofit juga akan menjadi penggalak pertumbuhan pokok. Kajian ini dibuat untuk mengkaji kehadiran bakteria endofit di dalam pokok Camellia sinensis dan mengkaji aktiviti antimikrobial daripada bahan yang dihasilkan oleh bakteria tersebut. Sampel daripada daun, batang, dan akar Camellia sinensis L. telah dipencilkan dan dieramkan di agar nutrien. Ciri-ciri morfologi makroskopik telah di kenalpasti. Terdapat 21 bakteria endofit telah dipencilkan. Berdasarkan hasil kajian, hanya 9 bakteria endofit yang boleh mereneat pertumbuhan Ganoderma boninense dan 3 boleh merencat pertumbuhan penyakit akar merah. B17- B dan B21-A menunjukkan perencatan yang tinggi. Selain itu, B21-A boleh menghasilkan asid indole asetik yang tinggi iaitu, 46.37 Ug/ml. Kajian ini juga mengkaji kesan bakteria endofit terhadap tumbesaran bayam hijau (Amaranthus sp.). Pada hari ke-25 pokok bayam yang diberi rawatan B16-B dan B21-A menunjukkan tumbesaran pokok bayam yang paling tinggi iaitu 10.45 em. Seterusnya BS-T, B12-T, B13-A dan B21-A diekstrak untuk melihat kedudukan bahan aktif yang dihasilkan oleh bakteria tersebut menggunakan kromatografi lapisan nipis, hasil nilai Rf adalah 0.16±0.271a, 0.48±0.047ab, 0.51±0.050ab dan 0.56±0.050c.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Internal plant tissues,microorganisms, pathogens, antibiotic
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 Jun 2017 08:44
Last Modified: 13 Oct 2017 14:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17070

Actions (login required)

View Item View Item