Kelestarian perniagaan nanas; kajian kes melibatkan peserta projek perladangan kontrak di Kluang dan Pontian, Johor

Hairatun Nasihin Hairuddin (2014) Kelestarian perniagaan nanas; kajian kes melibatkan peserta projek perladangan kontrak di Kluang dan Pontian, Johor. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
kelestarian_perniagaan_nanas.pdf

Download (737kB) | Preview

Abstract

Tanaman buah nanas merupakan salah satu buah-buahan tropika yang sudah tidak asing lagi kepada bukan sahaja penduduk di negara Malaysia, bahkan juga penduduk di seluruh dunia. Dalam masa lebih dari 100 tahun, tanaman buah nanas sudah mampu bertapak dengan stabil dan pengeluarannya di Negara Malaysia yang agak menguntungkan telah menarik minat ramai peserta Projek Perladangan Kontrak khususnya untuk menceburkan diri dalam bidang pengeluaran tanaman ini. Setakat ini, negeri Johor merupakan negeri pengeluar utama tanaman jenis ini dan dua daerah di Negeri Johor yang menguasai jumlah keluasan dan pengeluaran buah nanas ialah daerah Kluang dan Pontian, Johor. Objektif kajian ini adalah 1) Untuk mengetahui latar belakang peserta Projek Perladangan Kontrak Tanaman Nanas di Daerah Kluang dan Pontian, Johor, 2) Untuk mengenal pasti persepsi dan pandangan peserta Projek Perladangan Kontrak Tanaman Nanas di Daerah Kluang dan Pontian, Johor mengenai faktor-faktor yang penglibatan dalam bidang pengeluaran tanaman nanas, dan 3) Untuk mengenal pasti segmentasi demografik peserta Projek Perladangan Kontrak Tanaman Nanas berdasarkan faktor-faktor penglibatan peserta dalam bidang pengeluaran nanas di Daerah Kluang dan Pontian, Johor. Kajian ini akan menggunakan Kaedah Tinjauan Deskriptif. Jumlah respondan yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 60 orang peserta Projek Perladangan Kontrak Tanaman Nanas iaitu 30 daripadanya adalah respondan dari Daerah Kluang dan 30 respondan lagi adalah dari Daerah Pontian, Johor. Hasil kajian mendapati terdapat lima kumpulan faktor utama yang mempengaruhi penglibatan para peserta dalam Projek Perladangan Kontrak Tanaman Nanas di kedua-dua daerah yang terlibat. Maklumat mengenai segmentasi demografik responden juga telah diketahui melalui Analisis Kluster yang dijalankan. Secara keseluruhannya, Projek Perladangan Kontrak Tanaman Nanas akan mempunyai masa depan yang lebih memberangsangkan sekiranya mendapat perhatian yang lebih daripada beberapa pihak terutamanya dalam memastikan proses jual beli hasil tanaman yang diusahakan adalah kepada pihak yang betul seperti yang dijanjikan oleh para pengusaha.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pineapple, contract farming project, pineapple crops
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 15 Jun 2017 11:47
Last Modified: 13 Oct 2017 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17083

Actions (login required)

View Item View Item