Kesan kematangan air kelapa dari dua varieti kelapa terhadap kualiti dan hasil taugeh kacang hijau (Vigna radiata L.)

Heri Boy Paulus (2014) Kesan kematangan air kelapa dari dua varieti kelapa terhadap kualiti dan hasil taugeh kacang hijau (Vigna radiata L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_kematangan_air_kelapa_dari_dua_varieti_kelapa.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk melihat kesan varieti kelapa dan kematangan air kelapa terhadap kualiti dan hasil taugeh kacang hijau (Vigna radiatiJ L.). Dalam kajian ini 100g benih kacang hijau dartpada varieti telah digunakan dan direndam kedalam air kelapa. Dua varieti kelapa iaitu kelapa Mawa dan kelapa Matag telah digunakan dalam kajian ini dan tiga tahap kematangan air kelapa bagi setiap varieti kelapa. Biji benih telah direndamkan ke dalam air rawatan (Air Kelapa) yang tujuan untuk percambahan benih selama 5 jam. Setelah benih direndam, benih telah dipindahkan ke dalam bekas penanaman yang berwarna hitam bagi tujuan penanaman taugeh. Penyiraman menggunakan air paip dilakukan setiap 4 jam secara berkala. Kajian ini akan dijalankan selama 5 hari. Reka bentuk secara rawak (Complete Randomized Design) telah digunakan. Parameter yang diambil lalah berat basah, panjang hipokotil, diameter hipokotil, panjang akar, kepekatan pepejal larut, peratus lembapan dan peratus bahan kering. Keputusan telah dianalisis dengan dengan menggunakan analisis ANAVA dua hala. Hasil keputusan mendapati bahawa air kelapa memberikan kesan positif kepada kualiti dan hasil taugeh kacang hijau. Kajian mendapati bahawa varieti kelapa mawa menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan hasil dan kualiti taugeh kacang hijau berbanding kelapa Matag. berat Basah varieti kelapa mawa mencatatkan min berat iaitu 582.42 9 dengan perbezaan berat sebanyak 7.33 g, panjang hipokotiI 4.05 cm dengan perbezaan panjang hipokotil sebanyak 1.33 cm dengan perbezaan panjang akar sebanyak 1.27 cm, diameter hipokotil 2.48 mm dengan perbezaan sebanyak 0.19 mm dan panjang akar 3.46 cm. Manakala, bagi kematangan air kelapa, kematangan air kelapa sederhana menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding air kelapa muda dan air kelapa tua. Sebagai kesimpulan dart kajian ini didapati bahawa air kelapa mampu meningkatkan kualiti dan hasil taugeh. Namun kajian seperti ini perlu diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: coconut, maturity stages, quality, mung bean sprout beans
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 21 Jun 2017 11:59
Last Modified: 16 Oct 2017 12:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17397

Actions (login required)

View Item View Item