Pemodelan permukaan ombak splin-B kabur

Chin, Valerie Yung Wei (2016) Pemodelan permukaan ombak splin-B kabur. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
pemodalan_permukaan_ombak_splin.pdf

Download (645kB) | Preview

Abstract

Di dalam kajian ini, pembinaan model permukaan splin-B kabur dibincangkan. Pemodelan tersebut diperkenalkan berasaskan kepada pemodelan geometri dan teori set kabur. Namun, masalah ketakpastian data yang wujud dalam titik data telah menyukarkan pembinaan model geometri. Oleh itu, pembinaan model permukaan splin-B kabur dibangunkan untuk menganalisa dan memodelkan set data ketakpastian. Ketakpastian data ditakrifkan dengan menggunakan konsep nombor kabur berdasarkan teori set kabur untuk mendapatkan titik data kabur. Proses pengkaburan yang melibatkan operasi potongan-alfa juga dibineangkan bagi mengurangkan selang kabur antara titik data kabur kiri-kanan dan titik data rangup. Model pengkaburan permukaan splin-B kabur juga dibina dengan memodelkan set titik data kabur yang diperolehi dengan fungsi permukaan splin-B. Kemudian, proses penyahkaburan terhadap titik data kabur selepas operasi potongan-alfa turut dibincangkan bagi memperoleh penyelesaian titik data kabur rangup yang bernilai tunggal. Model penyahkaburan permukaan splin-B dibina dengan memodelkan titik data yang telah dinyahkaburkan dengan fungsi permukaan splin-B. Akhirnya, model permukaan splin-B kabur rangup dihasilkan sebagai penyelesaian akhir. Bagi menguji dan memastikan kebolehgunaan model yang dieadangkan, pemodelan permukaan splin-B kabur akan diaplikasikan terhadap permukaan ombak. Set data permukaan ombak dikaburkan pada unsur z iaitu data ketinggian bagi permukaan ombak. Ralat kecil diperolehi dengan membandingkan model penyahkaburan permukaan ombak dan model permukaan ombak rangup. Nilai ralat kecil tersebut menunjukkan kebolehgunaan model adalah berkesan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fuzzy B-spline surface model, geometry modelling
Subjects: ?? QA76 ??
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 05 Jul 2017 09:58
Last Modified: 16 Oct 2017 11:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17448

Actions (login required)

View Item View Item