Komuniti semut kanopi dan semut daun sarap di hutan berfragmen di Kalabakan,Tawau,Sabah

Hood, Sie Teng (2015) Komuniti semut kanopi dan semut daun sarap di hutan berfragmen di Kalabakan,Tawau,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Komuniti semut kanopi dan semut daun sarap di hutan berfragmen.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Fragmentasi hutan adalah satu masalah yang serious di Sabah, Malaysia kerana sebahagian besar hutan telah ditukar kepada sektor pertanian (Iadang kelapa sawit). Aktiviti ini telah menyebabkan kehilangan habitat dan kebanyakan habitat telah diasingkan. Kajian bertujuan untuk melihat perubahan diversiti komuniti semut kanopi dan semut daun sarap di hutan fragmen E, Kalabakan, Tawau dan hutan dara, OG2 di Lembangan Maliau selepas tiga tahun dengan menggunakan kaedah pengasapan dan winkler. Sebanyak 6736 individu semut kanopi dan semut daun sarap disampel di hutan fragmen manakala sebanyak 1507 individu semut disampel di hutan dara pada tahun 2011. Pada tahun 2015 pula, jumlah semut kanopi dan semut daun disampel di Fragmen E adalah 11890 manakala jumlah individu disampel di hutan dara adalah 4658. Ujian Kruskal-Wallis menunjukkan perbezaan indeks Shannon-Weiner komuniti semut adalah signifikan antara hutan fragmen dan hutan dara (X² =8.019, df=1, p=0.005). Indeks Simpson dan Shannon-Weiner komuniti semut di hutan dara (H'=3.5959,0=18.346) adalah lebih tinggi daripada hutan fragmen (H'=1.1957, 0=1.5957). Indeks Jaccard menunjukkan komposisi semut di hutan berfragmen adalah sang at berbeza dengan hutan dara, peratus kesamaan komposisi semut kanopi antara dua jenis hutan adalah 12.55% manakala peratus kesamaan komposisi semut daun sarap antara dua jenis hutan adalah 1.92%. Indeks Shannon-Weiner komuniti semut di hutan fragmen meningkat dari tahun 2011 ke tahun 2013 dan menurun pada tahun 2015. Selepas tiga tahun, komposisi semut di hutan fragmen telah berubah dalam kajian ini. Hasil kajian ini juga mendapati kekayaan spesies semut telah berkurang dan komposisi semut berubah disebabkan gangguan hutan dan fragmentasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fragmentation, composition ant, species richness, Shannon-Weiner, Simpson
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Nov 2017 10:05
Last Modified: 20 Nov 2017 10:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17501

Actions (login required)

View Item View Item