Keberkesanan latihan multilateral terhadap kecergasan fizikal dan kemahiran spesifik futsal

Jorrye Jakiwa (2016) Keberkesanan latihan multilateral terhadap kecergasan fizikal dan kemahiran spesifik futsal. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan latihan multilateral.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana keberkesanan program intervensi latihan multilateral terhadap kecergasan fizikal (kelenturan, koordinasi, keseimbangan, ketangkasan dan kuasa) dan kemahiran spesifik futsal (hantaran dan menggelecek) yang diaplikasi terhadap golongan kanak-kanak berusia 13 dan 14 tahun. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk membandingkan perubahan yang berlaku terhadap kecergasan fizikal dan kemahiran spesifik futsal kumpulan kawalan 1, kumpulan kawalan 2 dan kumpulan rawatan sebelum dan selepas rawatan dilaksanakan. Kaedah reka bentuk kajian adalah kuasi eksperimental iaitu menggunakan reka bentuk siri masa (time series design) dengan pengukuran berulang. Seramai 60 orang subjek kajian lelaki yang berumur 13 - 14 tahun telah terlibat secara sukarela dalam kajian ini. Subjek kajian dibahagikan kepada 3 kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan 1, kawalan 2 dan kumpulan rawatan dengan masing-masing terdiri daripada 20 orang subjek. Setiap kumpulan melakukan aktiviti yang berbeza di mana kumpulan kawalan 1 melakukan aktiviti bebas, kumpulan kawalan 2 melakukan latihan bola sepak dan kumpulan rawatan menjalani program intervensi latihan multilateral. Kajian yang dilaksana selama 12 minggu ini menguji kecergasan fizikal (kelenturan, koordinasi, keseimbangan, ketangkasan dan kuasa) dan kemahiran spesifik futsal (hantaran dan gelecek). Dapatan kajian melalui analisis SPANOVA dan MANOVA melalui 3 kali ujian secara berulang (within-subjects) dan pemboleh ubah kawalan 1, kawalan 2 dan rawatan (between-subjects) mendapati bahawa kesemua hipotesis nul telah ditolak. IN menunjukkan bahawa intervensi latihan multilateral melalui analisis SPANOVA telah memberikan kesan positif terhadap peningkatan kelenturan, koordinasi, keseimbangan, ketangkasan, kuasa, hantaran dan menggelecek. Bagi analisis MANOVA pula didapati terdapat kesan yang signifikan pemboleh ubah bebas (prapsclpsc2) terhadap kecergasan fizikal dan kemahiran spesifik futsal. Kesimpulannya, intervensi latihan multilateral ini memberikan kesan yang amat signifikan terhadap peningkatan kecergasan fizikal dan juga kemahiran spesifik futsal berbanding dengan aktiviti permainan bebas dan juga latihan bola sepak. Kajian ini mencadangkan agar latihan pengkhususan perlu dikaji bersamasama dengan latihan multilateral supaya dapat diketahui apakah sistem latihan yang lebih menyumbang terhadap peningkatan kecergasan fizikal dalam kalangan kanakkanak. Selain itu, perlaksanaan kajian terhadap jantina (lelaki dan perempuan) perlu dilakukan supaya kesan sesuatu latihan dapat diketahui serta elemen fisiologi dan psikologi perlu digabungkan dalam melaksanakan kajian sistem latihan multilateral ini pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: physical fitness, training intervention program, futsal specific skills, children
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 23 Nov 2017 13:14
Last Modified: 23 Nov 2017 13:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17636

Actions (login required)

View Item View Item