Kepelbagaian rama-rama (famili: Geometridae, Pyraudae dan Arctiidae) di kawasan hutan simpan Trus Madi, Tambunan, Sabah, Borneo

Neili Abu Shuhud (2014) Kepelbagaian rama-rama (famili: Geometridae, Pyraudae dan Arctiidae) di kawasan hutan simpan Trus Madi, Tambunan, Sabah, Borneo. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
kepelbagaian rama-rama.pdf

Download (572kB) | Preview

Abstract

Satu kajian kepelbagaian rama-rama telah dijalankan pada Februari 2014 di Hutan Simpan Trus Madi, Tambunan, Sabah. Objektif kajian ini ialah bagi mengkaji kepelbagaian rama-rama daripada famili Geometridae, Pyralidae dan Arctiidae di kawasan Hutan Simpan Trus Madi, Tambunan, Sabah. Kaedah perangkap cahaya telah digunakan untuk menangkap rama-rama sepanjang lapan had tempoh persampelan di lokasi kajian. Kepelbagaian rama-rama bagi ketiga-tiga famili tersebut adalah tinggi, dengan purata 18 spesies direkodkan. Hasil daripada kajian ini, sebanyak 154 individu dan 55 spesies rama-rama daripada tiga famili telah diperolehi. Secara keseluruhan, nilai-nilai kepelbagaian indeks yang paling tinggi telah didominasi oleh famili Geometridae, kemudian diikuti pula oleh famili Pyralidae dan famili Arctiidae. Indeks Kepelbagaian Shannon-Wienerm enunjukkann ilai H'iaitu 3.31,1.89, dan 1.76. Indeks Keserataan Spesies Simpson D pula ialah 26.88,4.69, dan 6.38, manakala nilai DMg bagi Indeks Kekayaan Spesies Margelef ialah 8.00,2.73, dan 1.86. Kesimpulannya, rekod kepelbagaian spesies rama-rama yang tinggi dan endemik (Chorodna scurobo/ima, Problepsis borneamagna, Spilosoma groganae, Cyana saulia dan Auricu/oceryx pterodactyliformis) daripada kajian ini mengesyorkan kepentingan untuk terus melindungi dan memulihara hutan simpan ini. Hasil-hasil kajian ini menyumbang kepada usaha-usaha pemuliharaan kepelbagaian."

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Moths, Trus Madi Forest Reserve, Geometridae
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Nov 2017 10:01
Last Modified: 27 Nov 2017 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17655

Actions (login required)

View Item View Item