Geologi am dan sifat fizikal dan kimia tanah liat di Kawasan Sipitang-Merapok, Sabah

Muhammad Herman Jamal (2014) Geologi am dan sifat fizikal dan kimia tanah liat di Kawasan Sipitang-Merapok, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan potensi air bawah tanah menggunakan kaedah geofizik .pdf

Download (874kB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian Pantai Barat Sabah iaitu di dalam daerah Sipitang. Kawasan kajian meliputi Kampung Lubang Buaya, Kampung Kabar, Kampung Ulau-Ulau, Kampung Malaman, Kampung Takula Besar, Kampung Machu, Kampung Sungai Merapok, dan Kampung Merapok Ulu yang dibatasi oleh garis lintang 05° 00' U to 05° 03' U dan garis bujur 115° 35' T to 116° 00' T. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan peta geologi yang terkini serta menganalisis sifat fizikal dan kimia tanah liat di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Akhir Eosen hingga Awal Miosen, Formasi Meligan yang berusia Miosen Akhir hingga Pliosen Tengah. Endapan aluvium Kuartenari berusia Resen. Formasi Crocker terdiri daripada dua unit batuan iaitu unit pasir tebal dan unit selang lapis batu pasir dan syal. Formasi Meligan pula terdiri daripada unit batu pasir tebal dan batu lumpur tebal. Endapan aluvium Kuartenari pula terdiri daripada pasir, gravel, lodak dan sisa bahan organik. Analisis struktur geologi rantau dan tempatan menunjukkan bahawa kawasan kajian telah dipengaruhi oleh daya canggaan baratlaut-tenggara. Lima lokaliti persampelan tanah liat telah dicadangkan iaitu Kampung Ulu Merapok (S1), Kampung Machu (S2), Kampung Kabar (S3), Kampung Ulau (S4), dan Kampung Takula Besar (S5). Kesemua sampel tanah liat menunjukkan nilai pH tanah berasid dalamjulat 4.06 hingga 4.78 . Kandungan bahan organik dalam kelima-lima sampel tanah liat adalah sangat rendah dalam julat 1.18 % hingga 1.65 %. Manakala, peratusan kandungan kelembapan tanah liat juga adalah sangat rendah iaitu 4.60 % hingga 9.20 %. Berdasarkan ujian taburan salz butiran, S1, S2 dan S3 dikelaskan sebagai lempung tetapi S4 dan S5 dikelaskan sebagai lempung berlodak. Gravid tentu bagi kelima-lima sampel tanah liat pula adalah 2.60 hingga 2.70. Berdasarkan hasil ujikaji had-had Atterberg pula, had keplastikan kelima-lima sampel tanah liat adalah 20.22 % hingga 23.50 %. Had cecair kesemua sampel tanah liat pula adalah 38.19 % hingga 63.80 %. Berdasarkan pengiraan indeks keplastikan dan data analisis XRD, kesemua sampel tanah liat kaya dengan mineral kaolinit dan ilit. Ujikaji pengecutan linear kelima-lima sampel tanah liat menunjukkan peratus pengecutan 3.1 % hingga 7.8 %.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geological map,chemical , Clay
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Nov 2017 10:01
Last Modified: 27 Nov 2017 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17656

Actions (login required)

View Item View Item