Pembangunan sosioekonomi komuniti nelayan pantai dan persepsi terhadap projek akuakultur di Semporna, Sabah

Hastuty Darwis (2015) Pembangunan sosioekonomi komuniti nelayan pantai dan persepsi terhadap projek akuakultur di Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pembangunan sosioekonomi komuniti.pdf

Download (18MB) | Preview

Abstract

Rakyat Malaysia telah mengalami kemajuan yang signifikan dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Perancangan yang rapi dan berkesan dalam pembangunan tersebut telah berjaya membawa negara ke suatu tahap yang agak membanggakan jika dibandingkan dengan negara sedang membangun yang lain. Keadaan ini secara tidak langsung telah menaik taraf kualiti hidup rakyat. Pembangunan ekonomi yang berdaya maju dapat dicapai melalui galakkan pengurusan dan pengendalian aktiviti ekonomi secara kreatif dan inovatif di samping menggalakkan penggunaan teknologi baru serta meningkatkan kemahiran pengurusan, teknikal dan operasi. Secara umumnya, golongan nelayan sering dikaitkan dengan kemiskinan. Keadaan tersebut digambarkan melalui latar belakang sosioekonomi yang rendah. Dalam menjalankan sebarang pembangunan, perancangan yang strategik boleh dilakukan berpandukan latar belakang sosioekonomi komuniti nelayan di samping mengambil kira kelebihan semula jadi di persekitaran komuniti tersebut. Kajian ini mempunyai matlamat untuk mengenal pasti profil sosioekonomi komuniti nelayan pantai, mengenal pasti program pembangunan ekonomi yang telah dijalankan dan mengenal pasti persepsi komuniti nelayan pantai terhadap projek ekonomi. Sejumlah 194 responden telah dipilih secara rawak bertujuan di 24 buah kampung di sekitar Pulau Timbun Mata, Semporna. Selain itu temu bual bersama beberapa pihak tertentu juga diadakan di samping melakukan pemerhatian secara langsung terhadap keadaan persekitaran kawasan kajian. Hasil kajian mendapati keadaan sosioekonomi komuniti nelayan pantai berada di tahap yang tidak memuaskan walaupun pelbagai program sokongan ekonomi telah dilaksanakan oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Rentetan itu, persepsi responden mengenai projek ekonomi seperti iLAP amat menggalakkan dan disambut baik oleh mereka. Sambutan baik tersebut diiringi dengan harapan agar projek pembangunan akan menggalakkan kesejahteraan yang memuaskan di samping mampu meningkatkan pendapatan tanpa perlu bergantung sepenuhnya terhadap hasil pendapatan sebagai nelayan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Coastal Fishermen, Profile Economics, Economic Development Project
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 29 Dec 2017 06:35
Last Modified: 29 Dec 2017 06:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17869

Actions (login required)

View Item View Item