Kesan pengeringan air berperingkat terhadap kadar perelaian padi TQR8

Siti Nurlina Binti Nordin (2016) Kesan pengeringan air berperingkat terhadap kadar perelaian padi TQR8. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan pengeringan air berperingkat terhadap kadar perelaian padi TQR8.pdf

Download (769kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan di Fakulti Pertanian lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Sandakan untuk membandingkan tahap perelaian padi varieti TQR8 mengikut rawatan pengeringan berperingkat yang berbeza. Kajian ini telah dimulakan pada 30 Jun 2015 sehingga 23 November 2015. Kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan rawatan pengairan berselang yang paling optimum bagi varieti TQR8 untuk mendapatkan hasil tuaian berkualiti dengan bijian relai terendah. Bahan penanaman iaitu biji benih padi yang diperolehi dari Fakulti Pertanian lestari telah ditanam semula ke dalam pasu penanaman pada hari ke 20 selepas disemai. Terdapat enam rawatan pengairan iaitu pengairan berterusan setiap hari (Tl), pengairan berselang setiap 1 hari (T2), pengairan berselang setiap 2 hari (T3), pengairan berselang setiap 3 hari (T4), pengairan berselang setiap 4 hari (T5) dan pengairan berselang setiap 5 hari (T6) dengan setiap rawatan mempunyai empat replikasi. Pemerhatian dan pengambilan data untuk ketinggian pokok dilakukan setiap minggu bermula pada minggu mengubah manakala hasil padi ditentukan setelah pokok padi dituai. Bagi tanaman padi, parameter vegetatif yang diukur ialah ketinggian pokok dan bilangan anakan padi, manakala untuk komponen hasil padi, parameter seperti kandungan lembapan basah bijian padi, ukuran panjang dan lebar bijian padi, kekuatan kepecahan tegangan bijian padi dan berat 1000 butir padi diukur. Kajian ini dianalisis menggunakan Reka Bentuk Rawak lengkap (CRD). Data yang diperolehi dianalisi menggunakan ANOVA. Keputusan untuk pertumbuhan vegetatif menunjukkan T2 mempunyai ketinggian pokok padi yang tertinggi iaitu 107.93sm dan bilangan anakan padi tertinggi iaitu 86.75. Keputusan untuk hasil padi menunjukkan Tl mempunyai kandungan lembapan basah tertinggi iaitu 32.91%. Bagi ukuran dimensi bijian, T2 mencatatkan panjang dan lebar tertinggi iaitu 9.98mm dan 2.S7mm. Kekuatan kepecahan tegangan pedikel padi menunjukkan bahawa rawatan T6 adalah yang tertinggi iaitu 54.64N. Manakala bagi berat 1000 butir padi, T2 menunjukkan bacaan tertinggi iaitu 30.39g. Oleh itu, pengairan berselang yang terbaik ke atas padi TQR8 adalah T2 kerana menghasilkan ketinggian pokok, bilangan anakan, ukuran panjang dan lebar bijian dan berat 1000 butir padi yang tinggi. Kadar perelaian adalah rendah bagi rawatan T6 kerana mempunyai kadar kelembapan yang rendah serta kekuatan kepecahan tegangan yang tinggi diikuti oleh TS, T4, T3, T2, dan Tl.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: "Paddy planting, intermittent irrigation treatments, paddy vegetative"
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Jan 2018 15:47
Last Modified: 08 Jan 2018 15:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18045

Actions (login required)

View Item View Item