Ketoksikan cypermethrin dan minyak neem terhadap Kumbang Badak dewasa

Tuan Mohd Shahrihan Tuan Aziz (2016) Ketoksikan cypermethrin dan minyak neem terhadap Kumbang Badak dewasa. Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Ketoksikan Cypermethrin Dan Minyak Neem Terhadap Kumbang Badak Dewasa.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Makmal Umum 5, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan. Kajian telah dijalankan selama dua bulan bermula pada bulan Julai 2015 hingga bulan Ogos 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji ketoksikan Cypermethrin dan Neem terhadap kumbang badak dewasa. Kumbang badak telah disampel daripada dua lokasi ladang kelapa sawit persendirian yang ada di sekitar Batu 10, Sandakan iaitu ladang Majulah Sendirian Berhad dan ladang kepunyaan Tuan Haji Amsain bin Jausin. Sampel kumbang telah ditangkap menggunakan perangkap feromon yang dipasang di ladang-Iadang tersebut. Kajian ini melibatkan empat tahap eksperimen iaitu i) pengumpulan sampel, ii) penjagaan kumbang, iii) penyediaan stok larutan dan iv) ujian bioasai. Pengumpulan sampel kumbang dilakukan pada bulan Julai dan Ogos. Uma rawatan termasuk satu rawatan kawalan dengan lima replikasi dan lima pseudoreplikasi telah digunakan untuk keduadua bahan aktif ini. Sebanyak 225 ekor kumbang badak dewasa telah digunakan dalam kajian ketoksikan bahan aktif ini. Ujian 'likelihood of parallelism' (LRp) tidak menolak hipotesis null bahawa garisan regresi bagi Cypermethrin dan Neem adalah selari (chi square = 0.08, df = 1, P>0.05). Manakala ujian 'likelihood of equality (LRe) menolak hipotesis null bahawa garis kecerunan (slope) dan garis memintas (intercept) adalah sama (chi square = 17.70, df= 2, p<O.05). Keadaan ini menunjukkan bahawa kedua-dua bahan aktif yang digunakan memberi respon relatif kimia yang sama terhadap kumbang badak dewasa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rhinoceros beetles, oil palm plantiltions, pheromone traps
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 12 Jan 2018 16:14
Last Modified: 12 Jan 2018 16:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18048

Actions (login required)

View Item View Item