Geologi am dan sedimentologi di kawasan Menggatal, Sabah

Nur Fateha Mohd Rosli (2015) Geologi am dan sedimentologi di kawasan Menggatal, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Geologi am dan sedimentologi.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian iaitu di sekitar kawasan Menggatal hingga lnanam dengan keluasan 100 kilometer persegi iaitu kira-kira 10 kilometer dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 15 kilometer dali kawasan Tuaran. Kawasan kajian meliputi longitud 116°08' T hingga 116° 13' T dan latitUd 05°59' U hingga 06°04' U dengan keluasan dianggarkan kira - kira 100 kilometer persegi. Kawasan kajian terdiri dalipada Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan juga endapan Kuatemer. Arah canggaan bagi kawasan kajian adalah baratlaut-tenggara. Formasi Crocker ini mempunyai lima jenis unit batuan iaitu unit batu pasir tebal (Fasies B), unit selang lapis batu pasir tebal dan syal ( Fasies C, unit selang lapis batu pasir dan syal (Fasies D), unit selang lapis batu pasir nipis dan syal (Fasies E) dan unit syal tebal (Fasies F). Struktur sedimen yang dijumpai di kawasan kajian adalah laminasi setali, laminasi silang, gruf dan ftut. Arus kuno bagi kawasan kajian adalah berarah utara. Analisis fosil mendapati terdapat fosil sulih yang dijumpai adalah Iknofasies Nereites dan fosil ini dikenali sebagai Spiroraphe sp. Melalui analisis litolog dan sekutuan fasies mendapati kawasan kajian terdiri daripada endapan alur-levee, alur lob, lob-levee dan migrasi lob. Kawasan kajian merupakan sekitaran pengendapan bagi kipas dalam laut tengah. Batu pasir kawasan kajian dikategorikan sebagai litik wak yang mempunyai kematangan kimia dan punca sedimen merupakan orogen kitar semula.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: deformation, Crocker Formation, litholog analysis, fosil
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 29 Jan 2018 22:59
Last Modified: 29 Jan 2018 22:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18520

Actions (login required)

View Item View Item