Kaedah dua titik kumpulan tak tersirat bagi masalah nilai sempadan dua titik linear peringkat kedua menerusi interpolasi lagrange

Toh, Moau San (2015) Kaedah dua titik kumpulan tak tersirat bagi masalah nilai sempadan dua titik linear peringkat kedua menerusi interpolasi lagrange. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kaedah dua titik kumpulan.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mempertimbangkan kaedah interpolasi lagrange dalam mendiskretkan masalah nilai sempadan dua titik linear peringkat kedua. Selanjutnya, penyelesaian hampiran ke atas sistem persamaan linear diperolehi dengan menggunakan kaedah lelaran Dua litik Kumpulan Tak Tersirat (2EG) dengan parameter berpemberat w. kaedah lelaran 2EG ini dibahagi lagi kepada kaedah lelaran Dua Titik Kumpulan Tak Tersirat Gauss-Seidel (2EG-GS) dan kaedah lelaran Dua Titik Kumpulan Tak Tersirat Pengenduran Berlebihan Berturut-turut (2EG-SOR). Berdasarkan eksperimen berangka ke atas satu contoh permasalahan dipertimbangkan, dapatan kajian menunjukkan bahawa 2EG-SOR adalah lebih berkesan dari segi bilangan lelaran, masa lelaran (saat) dan ralat maksimum berbanding dengan kaedah lelaran GaussSeidel (GS), kaedah lelaran Pengenduran Berlebihan Berturut-turut (SOR) dan kaedah lelaran 2EG-GS. Selain itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah interpolasi lagrange memberi kejituan yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Lagrange interpolation method, 2EG iterative method, discretizing, linear equations
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 03 Feb 2018 21:52
Last Modified: 03 Feb 2018 21:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18545

Actions (login required)

View Item View Item