Kesan cahaya terhadap pertumbuhan lidah buaya (Aloe barbadensis Miller)

Hawa Aisyah Abdul Halim (2016) Kesan cahaya terhadap pertumbuhan lidah buaya (Aloe barbadensis Miller). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan cahaya terhadap pertumbuhan lidah buaya.pdf

Download (661kB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai kesan cahaya terhadap pertumbuhan lidah buaya (Aloe barbadensis Miller) telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah kampus Sandakan, Sabah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesan cahaya terhadap tumbesaran lidah buaya. Seterusnya adalah untuk mengkaji cahaya terbaik untuk pertumbuhannya. Dalam kajian ini, pokok lidah buaya yang mempunyai ketinggian yang sama telah diletakkan di tempat yang mempunyai kadar cahaya yang berbeza. Kadar air dan media adalah sarna kecuali cahaya sahaja yang akan dikenakan dengan kadar yang berbeza. Empat jenis kadar cahaya yang digunakan dalam kajian ini ialah (0%, 50%, 70% dan 100% cahaya). Parameter yang telah direkodkan ialah tinggi daun, lebar daun, jumlah daun dan berat daun paling besar bagi setiap replikasi. Data yang diperoleh telah dianalisakan dengan menggunakan Analisis Varians (ANOVA) satu hala. Setiap rawatan diulangi dengan lima replikasi. Rekabentuk yang digunakan bagi kajian ini adalah ""Complete Randomized Design (CRD)"". Kajian telah dijalankan selama 8 minggu dan data dikumpul setiap minggu bagi parameter tinggi daun, lebar daun dan jumlah daun. Manakala data berat daun paling besar bagi setiap polibeg telah ditimbang selepas tempoh 8 minggu. Pemerhatian bagi perubahan warna bagi setiap rawatan juga telah direkodkan. Terdapat perbezaan yang sangat bererti (p<O.OI) terhadap tumbesaran dan hasil pokok Lidah Buaya bagi setiap rawatan cahaya. Hasil kajian telah membuktikan bahawa 100% cahaya menyebabkan tumbesaran Udah Buaya adalah paling cepat namun 50% cahaya adalah terbaik bagi pertumbuhan serta menghasilkan daun yang lebih sihat. Cadangan kadar cahaya yang paling sesuai untuk pertumbuhan lidah buaya adalah 50% cahaya. Walaubagaimanapun, kajian seterusnya perlu dilakukan untuk mengkaji dan mengira kesan klorofil Lidah Buaya terhadap cahaya yang berlebihan atau berkurangan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Aloe Vera , chlorophyll , herbs
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Feb 2018 13:58
Last Modified: 08 Feb 2018 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18615

Actions (login required)

View Item View Item