Rangka tindakan bagi keperluan membina laluan berteduh dan struktur berteduh yang responsif di UMS Sandakan

Intan Norasyikin Md Rodi (2016) Rangka tindakan bagi keperluan membina laluan berteduh dan struktur berteduh yang responsif di UMS Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Rangka tindakan bagi keperluan membina laluan berteduh dan struktur berteduh yang responsif di UMS Sandakan.pdf

Download (953kB) | Preview

Abstract

Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terletak di kawasan Pendidikan Hub di Batu 10, Sandakan. Kawasan FPL yang luas dan terbuka tanpa kawasan teduhan menyebabkan kawasan kampus ini mendapat cahaya matahari terik. Keadaan ini amat menjejaskan kesihatan pelajar FPL yang kerap ke ladang untuk melakukan amali pertanian terutamanya pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Kajian ini disasarkan untuk merangka pelan tindakan bagi keperluan membina struktur dan laluan berteduhan di kawasan FPL. Pendekatan EcoCampus elemen diterapkan dalam rangka cadangan pembinaan ini. Beberapa pendekatan lestari berdasarkan Best Management Practice (Pengurusan praktis terbaik) dari beberapa institusi pendidikan telah dikenalpasti sebagai berpotensi untuk menjadi elemen penting kepada pelan tindakan tersebut. Antaranya, bioswale, taman hujan, tong hujan dan turapan terap air. 60 responden telah ditemuramah dan diminta untuk menjawab set borang kaji selidik bagi membantu kadar responsif pelan tindakan tersebut kepada keperluan sebenar pelajar di FPL. Inventori tapak juga telah dilaksanakan bersama dengan kajian tingkah laku bagi membantu memenuhi objektif kajian. Teknik pemetaan pula telah dipilih dan disertakan di dalam set borang kaji selidik untuk memudahkan para pelajar memilih kawasan berpotensi untuk dibangunkan dengan struktur dan laluan berteduh di FPL. Hasil kajian adalah struktur dan laluan berteduh juga turut dibina bersama bioswale, traman hujan, panel suria, tumbuhan memanjat dan pokok natif sebagai teduhan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Agricultural , EcoCiJmpus , best management practice (BMP)
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
S Agriculture > SD Forestry
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 08 Feb 2018 13:58
Last Modified: 08 Feb 2018 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18617

Actions (login required)

View Item View Item