Tamu dan pembangunan luar bandar di Sabah: isu dan prospek

Flastilah Kurpong and Ubong Imang (2016) Tamu dan pembangunan luar bandar di Sabah: isu dan prospek. Geografi, 4 (1). pp. 56-68. ISSN 2289-4470

[img]
Preview
Text
Tamu dan pembangunan luar bandar di Sabah.pdf

Download (91kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Tamu dan Pembangunan Luar Bandar di Sabah Isu dan Prospek.pdf

Download (333kB) | Preview

Abstract

Tamu telah wujud di Sabah sebelum kedatangan penjajah. Ketika zaman penjajahan itu, tamu adalah tempat pertemuan penting bagi masyarakat tempatan untuk mendapat barangan keperluan harian mereka. Selari dengan kepesatan pembangunan semasa, peranan tamu dilihat lebih dari tempat pertemuan penduduk untuk mendapatkan barangan dan pelaksanaannya juga dilihat telah berubah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan prospek tamu dalam pembangunan luar bandar di negeri Sabah. Selain mengenal pasti isu yang wujud di tamu luar bandar, isu utama kajian ini adalah sejauh manakah tamu luar bandar memainkan peranan sebagai penggerak kepada pembangunan luar bandar. Perbincangan dalam artikel ini banyak berdasarkan kepada temu bual secara mendalam, pemerhatian di lapangan dan data sekunder yang diperoleh daripada jabatan kerajaan, jurnal, dan buku ilmiah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai isu tempatan yang berkait dengan lokasi dan penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti tamu. Kajian ini juga mendapati bahawa kegiatan tamu di Sabah mempunyai prospek dalam menggerakkan pembangunan luar bandar di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: The tamu, rural development, issues, prospect
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 28 Feb 2018 09:28
Last Modified: 19 Dec 2020 09:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18770

Actions (login required)

View Item View Item