Adat perkahwinan etnik Bajau di Pantai Barat Sabah: satu pandangan dini dari dimensi tradisi dan moden

Saidatul Nornis Mahali (2013) Adat perkahwinan etnik Bajau di Pantai Barat Sabah: satu pandangan dini dari dimensi tradisi dan moden. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 19. pp. 41-72. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Adat perkahwinan etnik Bajau di Pantai Barat Sabah.pdf

Download (45kB) | Preview

Abstract

Perkahwinan merupakan salah satu proses membina sebuah ‘negara kecil’ dalam sebuah unit kecil bernama keluarga. Untuk memulai sesebuah perkahwinan, terdapat pelbagai perkara yang perlu dipenuhi, sama ada keperluan tersebut bersifat adat tradisi mahupun kewajipan beragama. Sebagai sebuah kumpulan etnik yang masih kuat berpegang kepada adat tradisi, orangorang Bajau masih mengamalkan dan mengekalkan banyak adat tradisi yang tidak bercanggah dengan kehendak agama. Sehubungan itu, makalah ini menampilkan satu perbincangan tentang aspek perkahwinan orang-orang Bajau daripada dua dimensi, iaitu dimensi tradisi dan moden. Perubahan bersifat fizikal dan mental sedang dirasai oleh seluruh ahli masyarakat ini, sama ada berlaku dengan pantas atau sebaliknya. Meskipun tidak semua dimensi tradisi diamalkan, ia telah diubah suai untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa yang sedang melanda seluruh ahli masyarakat ini. Kebanyakan generasi muda Bajau memilih untuk mengubah amalan tradisi untuk diseiringkan dengan perkembangan zaman.

Item Type: Article
Keyword: West coast Bajau, marriage customs, traditional, modern, transformation
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 18 Feb 2018 19:56
Last Modified: 18 Feb 2018 19:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18821

Actions (login required)

View Item View Item