Pola persempadanan dan analisis ruangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 1994 dan 2004

Fadilah Sarbi (2009) Pola persempadanan dan analisis ruangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 1994 dan 2004. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pola persempadanan dan analisis.pdf

Download (745kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk menganalisis ruangan dan pola persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagl tahun 1994 dan 2004. Kaedah kuantitatif adalah metodologi dalam penyelidikan ini di samping pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai alat bantu dalam penyelidikan ini. Satu reka bentuk kajian (research design) telah dibuat untuk mencari jawapan kepada perubahan ruangan politik Sabah yang memfokuskan kepada ruangan dan persempadanan pilihanraya. Rekabentuk kajian berkenaan mengandungi tiga indikator yang dianggap menjadi punca perubahan persempadanan iaitu data taburan penduduk, data taburan penduduk berdasarkan etnik dan purata pendapatan negeri Sabah. Melalui analisis yang dilakukan, jelas membuktikan bahawa perubahan yang berlaku bukan setakat dari segi pertambahan kerusi DUN dan perubahan keluasan yang ada, akan tetapi terdapat juga pertukaran nama ruangan dan perubahan letakan ruangan. Terdapat juga analisis berkaitan ruangan serta letakan DUN bersama dengan persempadanan daerah pentadbiran Sabah. Menerusi rekabentuk kajian yang dilakukan pula didapati persoalan sama ada peta persempadanan yang telah dikeluarkan memenuhi keperluan penduduk atau tidak dapat dijawab. Sememangnya keperluan penduduk amat mempengaruhi pembikinan persempadanan melalui taburan penduduk didapati bahawa kawasan yang berkepadatan tinggi biasanya akan memiliki bilangan kerusi DUN yang besar begitu juga dengan purata pendapatan. Elemen etnik pula memalnkan peranan yang sangat penting di negeri Sabah terutamanya dalam pembentukan persempadanan sarna seperti yang diterapkan melalui Racial Gerrymandering iaitu terdapat beberapa ruangan dalam keseluruhan DUN dibina atas tujuan melindungi dan menjaga etnik yang ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: State Assembly, delimitation pattern, spatial, Geographical Information System (GIS), political scenario
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Feb 2018 14:53
Last Modified: 27 Feb 2018 14:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18901

Actions (login required)

View Item View Item