Kajian perbandingan keluaran tenaga suria fotovoltan antara sistem panel tetap dan sistem panel berpenjejak

Nurzulaikha Mazwanie Mahzan (2015) Kajian perbandingan keluaran tenaga suria fotovoltan antara sistem panel tetap dan sistem panel berpenjejak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Reka bentuk model penghalang.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Tenaga elektrik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Hal ini telah menyebabkan para penyelidik berusaha mencari sumber alternatif bagi menjana kuasa elektrik menggantikan kebergantungan terhadap sumber asli yang semakin berkurangan. Pelbagai kajian telah dibuat sehingga membawa kepada penemuan tenaga solar. Tenaga solar adalah sumber berkekalan, mesra alam dan boleh ditukar menjadi tenaga elektrik dengan menggunakan panel fotovoltek. Panel ini boleh dipasang dalam dua jenis sistem iaitu sistem panel tetap dan digunakan dalam sistem panel berpenjejak. Kecekapan sistem panel tetap adalah rendah kerana panel akan condong pada sudut tetap berbanding sistem panel berpenjejak iaitu dibuat untuk bergerak sama ada dalam paksi tunggal atau dua paksi. Sistem paksi tunggal, panel digerakkan dari arah timur ke barat mengikut kedudukan matahari dan mempunyai kecekapan yang lebih baik daripada panel tetap. Sistem dwi paksi pula panel dibuat untuk bergerak dalam empat arah mengikut matahari. Laporan ini membandingkan jumlah pengeluaran tenaga daripada kedua-dua sistem panel. Sistem panel berpenjejak lebih efisyen daripda sistem panel tetap kerana mampu menghasilkan keluaran tenaga elektrik yang optimum

Item Type: Academic Exercise
Keyword: generate electricity, natural resources, solar energy, photovoltaic panel, tracker panel system, fixed panel system
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 28 Feb 2018 14:47
Last Modified: 28 Feb 2018 14:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18960

Actions (login required)

View Item View Item