Projek estet mini rumpai laut dan penglibatan komuniti nelayan di daerah Semporna, Sabah

Mizpal Ali and Rosazman Hussin and Suhaimi Md. Yasir and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (2015) Projek estet mini rumpai laut dan penglibatan komuniti nelayan di daerah Semporna, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 1 (1). pp. 122-138. ISSN 2462-2095

[img]
Preview
Text
Projek estet mini rumpai laut dan penglibatan komuniti nelayan di daerah Semporna.pdf

Download (94kB) | Preview
[img] Text
Projek estet mini rumpai laut dan penglibatan komuniti nelayan di daerah Semporna, Sabah..pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang terdapat di perairan Semporna, Sabah. Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan dan produk eksport Malaysia. Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan menggunakan sistem estet mini. Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh membanggakan. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, sudah ada 11 syarikat dan empat kumpulan komuniti tempatan dilantik untuk menjalankan projek permulaan. Kajian ini dilakukan bertujuan menilai kesan projek pembangunan, iaitu sejauh mana projek estet mini telah memberi hasil pulangan kepada syarikat, komuniti dan negara. Namun, selepas dua tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak tahun 2011, didapati pencapaian projek adalah kurang efektif. Hal ini disebabkan prestasi perbelanjaan yang rendah pada tahun 2009 dan 2011 menyebabkan projek ini lambat berkembang. Persoalan ini akan dikupas dalam kertas kerja ini yang telah menggunakan kaedah kutipan data secara tinjauan dan temu bual yang dilakukan di Pulau Selakan dan Kampung Look Butun, Semporna pada bulan Januari hingga Mac 2013.

Item Type: Article
Keyword: Rural development, Community involvement, Fishing community, Seaweed mini estate project
Subjects: ?? SH393_Seagrasses ??
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 12 Mar 2018 11:12
Last Modified: 09 Dec 2020 11:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19230

Actions (login required)

View Item View Item