Kajian kesan dan perbezaan tiga baja organik (kompos, tahi ayam dan tanah bakar) terhadap kadar pertumbuhan dan hasil

Fredolica De Magdelina Fredoline (2008) Kajian kesan dan perbezaan tiga baja organik (kompos, tahi ayam dan tanah bakar) terhadap kadar pertumbuhan dan hasil. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian kesan dan perbezaan tiga baja organik.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan perbezaan tiga baja organik iaitu kompos, tahi ayam, tanah bakar terhadap pertumbuhan dan hasil cili (Capsicum frutescens L. var Thai) . Kawalan yang digunakan adalah baja NPK yang mempunyai nisbah unsur nitrogen, fosforus dan kalium iaitu 15:15:15. Kajian ini telah dilaksanakan di Ladang Teknologi Tumbuhan, Universiti Malasia Sabah. Selama 140 hari dan cerapan mula dibuat pada hari ke 7 selepas tanam. Reka bentuk eksperimen yang digunakan dalam kajian iani adalah reka bentuk rawak lengkap (CRD) dan setiap rawatan mempunyai empat replikasi. Rawatan pembajaan diberikan pada hari ke 7, 14, 28, 42, 56 dan 70 selepas tanam. Kadar pembajaan pertama yang dibuat adalah sebanyak 22.34g/pasu bagi baja organik, 1.12g/pasu untuk baja kimia dan 14 hari selepas tanam dan 14 hari seterusnya, kadar pembajaan sebanyak 33.51g/pasu bagi baja organik ,1.68g1pasu baja kimia. Parameter yang dikaji ialah tinggi pokok, bilangan bunga, bilangan daun, bilangan buah, bilangan buah matang dituai, berat basah dan berat kering. Rawatan tahi ayam menunjukkan nilai maksimum pada tinggi pokok ( 35, 70, 105 HST), bilangan daun (70,105, 140 HST), bilangan bunga, bilangan buah, bilangan buah matang dituai, berat buah matang dituai, berat basah dan kering bahagian atas pokok. Rawatan NPK menunjukkan nilai maksimum bagi tinggi pokok ( 140 HST), bilangan daun ( 35 HST), berat basah dan kering bahagian akar pokok. Tanah bakar menunjukan nilai purata yang sederhana bagi semua parameter kecuali berat basah dan berat kering akar pokok iaitu nilai min yang minimum. Rawatan kompos memberikan nilai minimum pada semua parameter kecuali berat basah dan berat kering akar pokok. Kesimpulanya, baja tahi ayam adalah baja organik yang paling sesuai untuk penanaman cHi kerana ia memberi kesan pertumbuhan dan hasil yang paling tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Organic fertilizers , Randomized Design (CRD) , chili
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 22 Mar 2018 09:54
Last Modified: 22 Mar 2018 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19413

Actions (login required)

View Item View Item