Pengantarabangsaan pendidikan tinggi: amalan dan cabaran

Irma Wani Othman and Mohd Kamal Mohd Shah and Muhammad Safuan, Y. and Norazah Mohd Suki and Hasbullah, A. and Herlina, J. (2017) Pengantarabangsaan pendidikan tinggi: amalan dan cabaran. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 11 (2017). pp. 98-108. ISSN 1985-482X

Full text not available from this repository.

Abstract

Amalan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara meletakkan pemahaman terhadap pelaksanaan strategik dan komprehensif dilihat dari perspektif berbeza oleh pelbagai pihak yang terlibat. Dalam usaha menonjolkan keterlihatan Malaysia sebagai hab kecemerlangan akademik di persada antarabangsa, antara cabaran yang dihadapi memberi tumpuan terutamanya dari aspek penglibatan para akademik ekspatriat dalam merangsang kegiatan peringkat antarabangsa pendidikan tinggi negara dan peningkatan kapasiti enrolmen pelajar antarabangsa bagi pembudayaan ilmu dan pembangunan minda kelas pertama. Bertitiktolak dari perdebatan tersebut, kertas kerja ini bertujuan untuk menerokai kepelbagaian amalan dan cabaran dilalui oleh komuniti universiti iaitu para akademik ekspatriat, golongan mahasiswa antarabangsa dan pihak pengurusan universiti dalam mencorak keperluan dan kepentingan strategik universiti seiring dengan peralihan kontemporari pendidikan tinggi menuju ke arah pengantarabangsaan. Perbincangan kertas kerja ini berdasarkan hasil kajian yang dilakukan terhadap 55 orang informan yang dipilih dari sepuluh (10) universiti awam Malaysia yang terlibat sama ada melalui perbincangan fokus berkumpulan mahupun ditemubual secara mendalam. Dapatan kajian membuka suatu perspektif lanjutan tentang pengalaman komuniti universiti terhadap amalan dan cabaran yang mempunyai implikasi ke atas perlaksanaan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara. Sumbangan kajian ini diharapkan memberi input baru dan mengalihkan tumpuan kontekstual literatur pengantarabangsaan sistem pendidikan yang selama ini dikatakan berfokus bagi tujuan menjana pendapatan sesebuah universiti, kepada pemahaman berbentuk lebih subjektif terutamanya dalam konteks mengutilasikan pengalaman sumber manusia ke arah menyumbang pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa.

Item Type: Article
Keyword: Pendidikan Tinggi, Dasar Pengantarabangsaan, Pengurusan Universiti, Ahli Akademik, Pelajar Universiti
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Mar 2018 15:23
Last Modified: 27 Mar 2018 15:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19549

Actions (login required)

View Item View Item