Kesan ubat metronidazole terhadap protozoa gastrousus di kalangan kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah

Tan, Poi Leng (2006) Kesan ubat metronidazole terhadap protozoa gastrousus di kalangan kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Darau, Menggatal, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000024.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan ubat Metronidazole terhadap protozoa gastrousus di kalangan kanak-kanak S. K. Darau, Menggatal, Sabah. 150 sampel dikutip secara rawak daripada 75 orang kanak-kanak lelaki dan 75 orang kanak-kanak perempuan dan darjah satu, dua dan tiga. Tiga teknik telah digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah calitan secara langsung, kaedah pengapungan Formalin-eter dan teknik Kato-Katz. Peratusan infeksi bagi kanak-kanak adalah sebanyak 20%, iaitu 30 kes. 30 kes infeksi tersebut terdiri daripada 21 kes infeksi tunggal, enam kes infeksi ganda dua, dua kes infeksi ganda tiga dan satu kes infeksi ganda empat. Jenis protozoa yang hadir pada gastrousus kanak-kanak termasuklah Endolimax nana, Entamoeba coli, Entumoeba histolytica, lsospora bellii, Balantidium coli, Giardia lamblia, Entamoeba hartamani dan lodamoeba butschilii. Selepas dirawat dengan ubat Metronidazole, kes infeksi telah berkurang kepada enam kes infeksi tunggal yang disebabkan oleh Endolimax nana, Entamoeba coli, Entumoeba histolytica, lsospora bellii. Peratusan pengurangan bilangan protozoa masing-masing ialah Endolimax nana - 87.7%, Entamoeba coli - 95%, Entumoeba histolytica - 83.4%, lsospora bellii - 81.9%, Balantidium coli - 100%, Giardia lamblia - 100%, Entamoeba hartamani -1001% dan lodamoeba butschilii - 100%. Berat badan kanak-kanak adalah tidak dipengaruhi oleh infeksi yang berlaku pada dirinya (p>0.05)

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Metronidazole, Protozoan, Gastrointestinal, Medications
Subjects: ?? QR180 ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Mar 2011 18:37
Last Modified: 16 Oct 2017 14:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1984

Actions (login required)

View Item View Item