Mohd Izdihar Zakariah (2008) Merekabentuk dan menganalisis prestasi suis litar automatik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Merekabentuk dan menganalisis.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kesuntukan masa dengan tugasan seharian mendorong kepada penghasilan pelbagai peralatan elektronik bagi memudahkan kerja mereka. Maka, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan mereka bentuk satu model suis automatik dengan menggunakan tepukan tangan. Komponen elektronik yang digunakan untuk mengesan bunyi tepukan tersebut adalah mikrofon elektret Sistem ini diuji prestasinya dengan menggunakan beberapa parameter berbeza yang dapat menghasilkan bunyi pada jarak dan keadaan yang berbeza. Jarak yang dimaksudkan adalah jarak antara litar dengan parameter yang menghasilkan bunyi. Manakala keadaan yang berbeza adalah bermaksud pada bilik-bilik yang berbeza yang terdapat di dalam sesebuah rumah. Suis litar automatik ini juga dilengkapi dengan microcontroller agar litar dapat berfungsi untuk kegunaan lebih dari satu perkakasan elektrik dengan hanya menggunakan satu litar sahaja. Secara kesimpulannya, suis litar yang dibina ini memberikan bacaan yang baik apabila kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa nilai minimum kekuatan tepukan untuk litar ini berfungsi adalah pada 72.8 -73.0 dB. Selain itu didapati juga bahawa litar adalah bersesuaian untuk semua bilik yang terdapat di dalam rumah. Manakala, jarak berkesan yang sesuai untuk litar ini adalah 3 meter dari sumber bunyi tepukan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | invention, automatic switch, clapping sound, electret microphone |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 12 Apr 2018 09:11 |
Last Modified: | 12 Apr 2018 09:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19845 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |