Perekaan coral kekisi cina dengan Mupad PRO 3.0

Lee, Sang Yuan (2008) Perekaan coral kekisi cina dengan Mupad PRO 3.0. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Perekaan Coral Kekisi Cina Dengan Mupad PRO 3.0.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian disertasi ini ialah menghasilkan corak kekisi Cina dengan MuPAD pro 3.0. Sub-objektif kajian dibahagi kepada sejarah dan sifat bentuk corak kekisi Cina, pembaikan kod arahan MuP AD untuk menghasilkan corak kekisi Cina yang lebih sempurna, dan potensi MuP AD pro 3.0 dalam penghasilan corak kekisi Cina juga diteliti. Sebenarnya, kekisi Cina memainkan peranan yang amat penting dalam budaya orang Cina. Seni corak kekisi Cina boleh digunakan dalam rekaan kekisi perabot, tingkap, dan ukiran kayu. Contoh corak kekisi Cina didapati daripada rujukan ""Chinese Lattice Designs"", rujukan ini mempunyai contoh corak yang cukup banyak iaitu lebih daripada 1200 contoh corak kekisi Cina terkandung dalam rujukan ini. Aturcara MuPAD pro 3.0 merupakan antara satu-satunya aturcara yang digunakan untuk menghasilkan corak kekisi Cina. Hasil kajian disertasi ini termasuk penambahan corak kekisi Cina yang boleh dihasilkan oleh MuPAD pro 3.0. Pembaikan kod arahan proses penghasilan corak kekisi Cina dicapai seperti contohnya menghilangkan titik-titik berlebihan dalam corak, dan merawakkan warna corak kekisi Cina. Corak kekisi Cina yang terdapat dalam rujukan ""Chinese Lattice Designs" bukan sahaja mempamerkan corak kekisi Cina yang bersifat ulangan geometri, tetapi ada juga corak yang bersifat unik, iaitu corak tanpa ulangan. Corak ini lebih susah dihasilkan jika dibandingkan dengan corak yang berulang. OIeh itu MuPAD pro 3.0 bukan satu-satunya aturcara yang paling optimum untuk menghasilkan corak kekisi Cina.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chinese lattice designs , coding , MuPAD
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Q Science > Q Science (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 19 Apr 2018 11:31
Last Modified: 19 Apr 2018 11:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19872

Actions (login required)

View Item View Item