Lambang semangat juang dalam legenda Rentap dan sejarah Penentangannya terhadap Raja Brooke di Sarawak

Low, Kok On (2010) Lambang semangat juang dalam legenda Rentap dan sejarah Penentangannya terhadap Raja Brooke di Sarawak. Jurnal SARI: International Journal of Malay Studies, 28 (1). pp. 151-175.

[img]
Preview
Text
Lambang semangat juang dalam legenda Rentap dan sejarah Penentangannya terhadap Raja Brooke di Sarawak.pdf

Download (94kB) | Preview

Abstract

Rentap tersohor sebagai seorang wira rakyat Iban, yang menentang pemerinatahan Raja Brooke di Sarawak pada kurun ke-19. Beliau bersama pengikutnya memberikan tentangan hebat atas rancangan perluasan wilayah keluarga Brooke di sekitar Sungai Sekrang. Kehebatan Rentap ditonjolkan melalui semangat juang ibarat biar putih tulang, jangan putih mata. Jadi, tidak hairan mengapa kisah kehebatan Rentap disebarkan dari mulut ke mulut dalam kalangan penduduk tempatan di Sarawak. Sehubungan itu, sebuah teks verbatim legenda Rentap telah penulis transkripkan daripada hasil kerja lapangan mengumpul bahan cerita lisan di Sarawak pada tahun 2000. Teks legenda ini mengisahkan zaman pra-Rentap menentang penjajahan British di Sarawak. Dalam makalah ini, selain meneliti sejarah penentangan Rentap terhadap penjajahan keluarga Brooke di Sarawak, penulis turut membuat analisis struktural atas teks verbatim legenda Rentap bagi mendalami asal usul, ciri-ciri keperwiraan dan lambang semangat juangnya. Analisis struktural atas teks verbatim sedemikian akan menonjolkan persepsi dan rasa hormat rakyat terhadap seorang wira sanjungan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Legenda Rentap, Raja Brooke, wira rakyat, semangat juang, persepsi rakyat
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 25 Apr 2018 09:58
Last Modified: 25 Apr 2018 09:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19907

Actions (login required)

View Item View Item