Abdul Kahar Abd Latif (2006) Penghasilan keropok ikan tilapia campuran keladi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000030.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan keropok ikan tilapia(Oreochromis sp) campuran keladi (Colocasia Esculenta). Kajian awal melibatkan pembentukan 12 formulasi daripada kombinasi ikan tilapia (25%, 27%, dan 29%) dan keladi (17%, 18%, 19% dan 20%), tepung ubi 40%, sementara gula ditetapkan sebanyak 0.78%, MSG 0.39%, garam 1.56% dan air. Sebanyak 3 formulasi terbaik iaitu F4, F6 dan F9 dipilih me/alui ujian pemeringkatan berdasarkan penerimaan keseluruhan dan seterusnya 1 formulasi akhir terbaik ditentukan melalui ujian hedonik. Hasil keputusan ujian hedonik menunjukkan F4 yang mengandungi 20% keladi 25% isi ikan telah dipilih sebagai formulasi terbaik. Analisis proksimat menunjukkan F4 mengandungi 51.6% karbohidrat, kandungan lembapan 10.01. ± 0.00%, kandungan protein 29.75 ± 0.25%, serabut kasar 2.40 ± 1.00 x 10ˉ²%, abu sebanyak 5.89 + 9.19 x 10ˉ²% dan lemak sebanyak 0.35 , 7.07 x 10ˉ²%. Peratus pengembangan linier keropok ini adalah 29.09 f 3.85 dan peratus penyerapan minyak keropok ini adalah 11.39 ± 2.08 x 10ˉ².
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Tilapia fish cracker mixed with yam. |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 23 Mar 2011 15:43 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:03 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1993 |
Actions (login required)
View Item |