Liliana Ambo Mase (2008) Kesan pelbagai jenis pembungkusan dan jangkamasa penyimpanan terhadap kualiti lepas tuai buah peria (Momordica charantia). Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Kesan pelbagai jenis pembungkusan dan jangkamasa.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelbagai jenis pembungkusan dan jangkamasa penyimpanan ke atas kualiti buah peria (Momordica charantia) varieti tempatan. Buah peria dibungkus dengan pelbagai bahan pembungkusan iaitu beg polietilena tanpa lubang, beg polietilena 5 lubang, beg polietilena 10 lubang, plastik regang, plastik regang dengan bekas polisterina, kertas surat khabar lama dan tanpa pembungkusan (kawalan). Kesemua jenis pembungkusan ini disimpan pada suhu 10±2°C dalam jangkamasa penyimpanan 0, 7, 14 dan 21 hari. Kualiti perla ditentukan berdasarkan indeks kualiti visual peratus kehilangan berat, paras pepejal terlarut, nilai pH, peratus keasidan tertitrat. Bagi keseluruhan kajian. plastik regang, plastik regang dengan bekas polisterina dan beg polietilena tidak berlubang adalah bahan pembungkus terbaik berbanding dengan bahan pembungkus yang lain. Ini berdasarkan keputusan peratus kehilangan berat dan kualiti visual yang minimum terhadap pembungkusan plastik regang, plastik regang dengan bekas polisterina dan beg polietilena tidak berlubang pada buah peria. Oleh itu, pembuktian kepentingan pembungkusan seperti ini dapat memberi dorongan kepada pengusaha untuk membungkus hasil tuaian buah peria dan dapat disyorkan untuk penggunaan umum.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | packaging materials, storage duration, post harvest quality, bitter gourd fruit |
Subjects: | S Agriculture > SB Plant culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 04 Jun 2018 08:18 |
Last Modified: | 04 Jun 2018 08:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20127 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |