Teo, Chun Hoe (2006) Analisis kuantitatif vitamin C dan beberapa mineral dalam mangga. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
Analisis kuantitatif vitamin C dan beberapa mineral dalam mangga.pdf Download (389kB) | Preview |
Abstract
Mangga Mangifera indica L, Mangifera laurina Blume, Mangifera odorata Griffith dipilih untuk mengkaji kandungan vitamin C dan mineralnya. Vitamin C ditentukan melalui kaedah pentitratan berbalik manakaJa mineral seperti kalium, natrium, kalsium, magnesium dan ferum ditentukan melalui kaedah spektroskopi serapan atom (AAS). Keputusan menunjukkan bahawa Mangifera indica L mempunyai kandungan Vitamin C yang tertinggi iaitu sebanyak 30.9 mg per 100 g, manakala kalium, magnesium dan ferum adalah sebanyak 651.0 mg per 100 g, 16.8 mg per 100 g dan 1.5 mg per 100 g masing dalam buah segar, diikuti dengan Mangifera laurina Blume mempunyai kandungan mineral natrium dan kalsium yang tertinggi sebanyak 1.4 mg per 100 g buah segar dan 8.9 mg per 100 g buah segar. Secara keseluruhan Mangifera indica L mempunyai kandungan nutrien yang tinggi berbanding dengan spesies mangga yang dikaji.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Vitamin C , mineral , Mangifera indica L , Mangifera laurino Blume , Mangifera odorata Griffith |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 07 Jun 2018 09:08 |
Last Modified: | 07 Jun 2018 09:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20164 |
Actions (login required)
View Item |