Kepelbagaian molekul beberapa varieti padi yang mempunyai reaksi berbeza terhadap penyakit karah

Noor Hydayaty Md Yusuf (2008) Kepelbagaian molekul beberapa varieti padi yang mempunyai reaksi berbeza terhadap penyakit karah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kepelbagaian molekul beberapa varieti padi .pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penanda Random amplified polymorphic DNA (RAPD) telah digunakan dalam penandaan gen yang berpotensi rintang terhadap penyakit karah pada padi. Objektif kajian adalah untuk mengkaji kepelbagaian genetik beberapa varieti padi tempatan Sabah menggunakan penanda RAPD dan mengenalpasti penanda RAPD yang berpotensi terangkai dengan gen yang rintang kepada penyakit karah padi yang terdapat pada varieti padi tempatan di Sabah. Sembilan penanda RAPD iaitu OPA5, OPF6, OPF9, OPF17, OPF19, OPGI8, OPB7, OPK9 dan OPH19 menunjukkan polimorfisma yang jelas pada varieti tempatan yang rintang dan tidak rintang. Sebanyak 70 jalur dihasilkan dan 63 adalah polimorfik. Padi traditional mempunyai kadar kepelbagaian terhadap kerintangan kepada penyakit karah yang tinggi dengan memberikan 90 % kadar polimorfisma. Setiap primer menghasilkan 3 hingga 13 jalur dengan saiz molekul 290 bp hingga 1300 bp. Frekuensi jalur tertinggi adalah 83.33 % dan frekuensi terendah adalah 16.67 %. Indeks jarak genetik antara populasi rintang dan tidak rintang adalah 0.2645 manakala indeks kesamaan genetik adalah 0.7676. Dendogram UPGMA telah membahagikan enam varieti padi kepada dua kelompok utama mengikut reaksi ke atas penyakit karah. Kelompok pertama terdiri daripada kesemua varieti tidak rintang kepada penyakit karah iaitu Batangan, Azucena, Bataris, dan Tadong serta satu verieti rintang Batikan. Kelompok kedua terdiri daripada satu varieti rintang iaitu Ambas. Penanda OPG 18 bersaiz 850 bp hanya dijumpai pada varieti rintang dan berpotensi sebagai penanda bagi membezakan varieti rintang dan tidak rintang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Random amplified polymorphic DNA (RAPD), genetic variation, rice
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 20 Jun 2018 08:49
Last Modified: 20 Jun 2018 08:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20169

Actions (login required)

View Item View Item