Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada Zaman Kolonel British sehingga perang dunia kedua

Khairi Ariffin and Ramli Saadon and Ismail Ali (2012) Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada Zaman Kolonel British sehingga perang dunia kedua. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 18. pp. 1-31. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada Zaman Kolonel British sehingga perang dunia kedua.pdf

Download (93kB) | Preview

Abstract

Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah.Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga mereka sebagai petani dan nelayan di kampung-kampung. Jelas kepada kita bahawa kolonial British melaksanakan pelajaran dalam kalangan anak-anak Melayu sebagai salah satu cara atau jalan untuk mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan status quo orang Melayu, melahirkan pekerja-pekerja rendah dan menghapuskan buta huruf semata-mata.

Item Type: Article
Keyword: Vernacular education , primary level , curriculum , secondary school , political stability , status quo
Subjects: L Education > LA History of education
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 10 Jul 2018 15:03
Last Modified: 10 Jul 2018 15:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20444

Actions (login required)

View Item View Item