Kesan beberapa kadar biji benih terhadap pertumbuhan dan hasil varieti padi MRI159

Mohd Azwathir Othman (2008) Kesan beberapa kadar biji benih terhadap pertumbuhan dan hasil varieti padi MRI159. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan beberapa kadar biji benih.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bermula pada 15 September 2007 hingga 10 Februari di Ladang Teknologi Tumbuhan untuk mengkaji kesan beberapa kadar biji benih terhadap pertumbuhan dan hasil varied padi MR 159. Empat rawatan yang digunakan dalam kajian ini, ialah kadar biji benih 60 kghä⁻¹, 90 kgha⁻¹, 120 kgha⁻¹ dan 150 kgha⁻¹ dan setiap rawatan mempunyai empat replikasi. Cerapan data bagi pertumbuhan pokok diambil setiap seminggu sekali manakala cerapan data bagi hasil diambil semasa proses penuaian dilakukan. Proses analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian (statiscal package Of Social Science, SPSS) iaitu ANOVA, korelasi dan Ujian Duncan. Terdapat hubungan kuat positif di antara pertumbuhan tinggi dan bilangan anak bilah terhadap rawatan. Kadar biji benih 60 kgha⁻¹ menunjukkan hubungan paling kuat. Selain itu, terdapat perbezaan yang bererti (p<0.05) antara kadar biji benih yang digunakan terhadap bilangan tangkai dan tidak terdapat sebarang perbezaan bererti (p<0.05) antara kadar biji benih ke atas panjang tangkai, tetapi kadar biji benih 150 kgha⁻¹ merupakan rawatan terbaik bagi kedua-dua parameter tersebut. Seterusnya, tidak terdapat sebarang perbezaan yang bererti (p<0.05) antara kadar biji benih ke atas jumlah butiran padi dan berat basil butiran padi. Kadar biji benih sebanyak 90 kgha⁻¹ telah menunjukkan hasil butiran padi paling tinggi dan paling berat. Justeru pendapatan petani di nilai berdasarkan berat basil tanaman. Oleh itu, petani disyorkan menggunakan kadar biji benih 90 kgha⁻¹ untuk meningkatkan berat hasil tanaman, sekali gus dapat meningkatkan hasil pendapatan. Selain itu, kadar biji benih 90 kgha⁻¹ juga dapat menjimatkan kos dan mengelakkan pembaziran penggunaan biji benih. Berdasar kajian ini juga kadar biji benih 90 kgha⁻¹ mampu mengeluarkan hasil yang lebih baik daripada kadar biji benih lain diikuti rawatan 60 kghä⁻¹, rawatan 150 kgha⁻¹ dan rawatan 120 kghä⁻¹.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: plant growth, paddy variety, seeding rate
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 12 Jul 2018 14:00
Last Modified: 12 Jul 2018 14:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20451

Actions (login required)

View Item View Item