Kesan pembungkusan ke atas Capsicum frutescens atau cili padi semasa proses penyimpanan lepas tuai

Nur Amalina Nadhirah Asli (2008) Kesan pembungkusan ke atas Capsicum frutescens atau cili padi semasa proses penyimpanan lepas tuai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan pembungkusan ke atas Capsicum.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan bahan pembungkusan yang sesuai untuk proses penyimpanan lepas tuai ke atas cili padi (Capsicumjrutescens). Dalam kajian ini cili padi (Capsicum jrutescens) yang telah matang diberikan rawatan pembungkusan yang berbeza iaitu pembungkusan menggunakan suratkhabar, plastik polivinil klorida (PVC), polietilena berlubang dan polietilena tidak berlubang dan disimpan di dalam bilik sejuk selama 20 hari tempoh penyimpanan. Satu sampel cili padi yang tidak diberikan rawatan pembungkusan juga disimpan dalam bilik sejuk. Kualiti cili padi akan diuji berdasarkan peratusan kehilangan beratnya, nilai pH, peratus kehilangan kelembapan, perubahan wama kulit dan kesan perlubangan bahan pembungkusan selang dua bari penyimpanan. Keputusan kajian menunjukkan rawatan pembungkusan menggunakan polietilena tidak berlubang memberikan nilai minimum 1.02% untuk peratus kehilangan herat, 5.42 untuk nilai pH, 26.60% untuk peratus kehilangan kelembapan dan mempunyai nilai bacaan yang rendah untuk perbezaan antara polietilena berlubang dan polietilena tidak berlubang. Keputusan ini menunjukkan kesan positif proses pembungkusan kerana terbukti dapat mengurangkan proses kehilangan berat, mengurangkan proses kehilangan kelembapan dan mengekalkan rupa yang lebih elok dan berkualiti daripada rawatan yang lain. Kesimpulannya, cili padi lebih sesuai dibungkus dengan plastik polietilena yang tidak dilubangkan kerana plastik ini dapat mengekalkan kualitinya lebih baik berbanding dengan cili padi yang dibungkus dengan suratkhabar, plastik polivinil klorida (PVC) dan plastik polietilena berlubang.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: packaging, post harvest process, Capsicum frutescens, bird eye chillies
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 10 Jul 2018 14:59
Last Modified: 10 Jul 2018 14:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20452

Actions (login required)

View Item View Item