Kajian sebatian-sebatian meruap dan tidak meruap dari beberapa jenis cendawan boleh dimakan

Sharifah Lizawati Sharif Shamsuddin (2008) Kajian sebatian-sebatian meruap dan tidak meruap dari beberapa jenis cendawan boleh dimakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian sebatian-sebatian meruap.pdf

Download (735kB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian sebatian-sebatian meruap dan tidak meruap dari beberapa jenis cendawan boleh dimakan. Cendawan yang dikaji terdiri daripada cendawan jenis Shiitake dan cendawan jenis Telinga Kera. Sebatian meruap di dalam setiap jenis sampel cendawan ini dipisahkan melalui teknik penyulingan Lickens-Nickerson, dan penentuan sebatian perasa dalam cendawan Shiitake dilakukan dengan menggunakan alat gas kromatografi-pengesan nyalaan ion atau GC-FID. Begitu juga bagi cendawan Telinga Kera yang mengandungi sebatian meruap turut dikenalpasti dengan menggunakan alat instrumentasi yang sama. Kandungan sebatian tidak meruap di dalam setiap jenis sampel cendawan ditentukan atau dikenalpasti menggunakan alat cecair kromatografi-spektrometer jisim atau LC-MS. Kedua-dua jenis sampel cendawan ini menunjukkan kandungan sebatian tidak meruap yang berbeza dari segi kandungan gula boleh larutnya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: edible mushrooms, volatile, steam distillation Lickens-Nickerson
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 11 Jul 2018 09:01
Last Modified: 11 Jul 2018 09:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20458

Actions (login required)

View Item View Item