Inventori Begonia di kawasan Ulu Kimanis dan Inobong, Taman Banjaran Crocker

Siti Farhana Ismail (2008) Inventori Begonia di kawasan Ulu Kimanis dan Inobong, Taman Banjaran Crocker. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Inventori Begonia di kawasan.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian inventori Begonia ini telah dijalankan di dua lokasi di Taman Banjaran Crocker iaitu sub-stesyen Ulu Kimanis dan Inobong. Spesies-spesiesy ang diperolehi dikumpul dengan menggunakan kaedah `opportunistic' di sepanjang rintis yang terpilih, berdekatan dengan anak sungai dan kawasan air terjun. Senarai semak, kekunci dikotomi serta diskripsi turnt disediakan. Sebanyak sembilan spesies Begonia telah dijumpai di kawasan kajian. Tujuh spesies diperolehi di Ulu Kimanis dan satu spesies di Inobong manakala satu lagi ditemui di kedua-dua kawasan kajian. Spesies-spesies tersebut ialah Begonia caul iflora, B. cf. baramensis, B. cf. bruneiana, B. cf. temburongensis, B. cf stenogyna, B. cf xiphophylla, B. sp. 1, B. sp. 2, dan B. sp. 3. Dua jujukan DNA telah diperolehi daripada spesies-spesies yang terpilih iaitu B. cf bruneiana dan B. cf. stenogyna. Kesemua Begonia yang dijumpai agak berbeza dengan Begonia yang dijumpai di kawasan Taman Kinabalu atau kawasan batu kapur di Sabah dan Serawak tetapi lebih mirip dengan Begonia yang direkodkan di Brunei. Spesies-spesiesy ang dijumpai lebih gemar tumbuh di kawasan lembap, teduh dan berdekatan sungai. Ada juga yang melekat di batu serta tumbang di atas batang pokok yang tumbang. Kajian Begonia yang lebih terperinci dan menyeluruh haruslah dilakukan di kawasan kajian dan juga seluruh kawasan taman supaya banyak lagi spesies dapat direkodkan serta corak diversiti spesies di taman ini dapat diketahui.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Begonia, opportunistic approach, Crocker Range Park
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 12 Jul 2018 14:00
Last Modified: 12 Jul 2018 14:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20468

Actions (login required)

View Item View Item