Potensi orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi di Sabah

Roslina Ismail (2008) Potensi orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Potensi orkid sebagai produk pelancongan.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu produk perlancongan alam semulajadi yang baru menerusi "Pelancongan Orkid". Objektif kajian ini adalah untuk menentukan potensi orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi yang baru di Sabah menerusi tiga kriteria iaitu tarikan morfologi, keternampakan dan juga hubungkait dengan kebudayaan masyarakat setempat, untuk mengetahui spesies yang sesuai untuk diperkenalkan dalam "Pelancongan Orkid" dan juga untuk mengetahui diversiti orkid di kawasan Ulu Kimanis, Taman Banjaran Crocker. Empat buah kampung di sekitar kawasan Ulu Kimanis iaitu Kampung Kinolodoson, Kampung Penampang Baru, Kampung Gadong dan Kampung Brunei telah dipilih untuk tujuan kajian soal selidik. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan dua set borang soal selidik iaitu set Bahasa Malaysia untuk penduduk tempatan dan set Bahasa Inggeris untuk para pelancong (domestik dan antarabangsa). Temubual separa berstruktur juga turut dilakukan ke atas ketua kampung dan beberapa penduduk tempatan untuk mendapatkan pengetahuan tradisional yang berkaitan dengan orkid. Selain itu, persampelan juga telah dilakukan di lima trail iaitu Trail 4,7,8,11 dan Trail Crocker. Secara keseluruhannya 4, 2 spesies dan 136 individu orkid telah direkodkan dan Indeks kepelbagaian Shannon- Weiner (H') pula menunjukkann ilai kepelbagaian orkid sebanyak 3 .1324. Dalam kajian soal selidik pula, jumlah keseluruhan responden yang terlibat ialah 77 orang. Seramai 95.5% responden menyokong cadangan untuk memperkenalkan orkid sebagai produk pelancongan alam semulajadi yang baru. Tarikan morfologi diukur menerusi keindahan orkid dan perasaan responden terhadap orkid. Sebahagian besar responden bersetuju berpendapat bahawa orkid kelihatan menarik disebabkan oleh warna dan rekabentuk bunga yang unik. Keternampakan orkid juga adalah agak tinggi (skala 5-10) di kawasan kampung. Hubungkait dengan kebudayaan masyarakat setempat pula diukur melalui penggunaan dalam amalan tradisi dan kepercayaaan. Kebanyakan penduduk kampung tidak mempunyai sebarang kepercayaan tentang orkid kerana menganggap ia adalah karut. Hasil daripada kajian membuktikan bahawa orkid telah memenuhi ketiga-tiga kriteria yang dinyatakan. Spesies-spesies seperti Acanthephippium lilacinum, Bulbophyllum mandibulare, Bulbophyllum nabawanense, Gramatophyllum speciosum, Phalaenopsis amabilis, Aerides odorata, dan Bulbophyllum lobii berpotensi untuk diperkenalkan di bawah" Pelancongan Orkid".

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Orchids, tourism product, diversity
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 12 Jul 2018 15:43
Last Modified: 12 Jul 2018 15:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20478

Actions (login required)

View Item View Item