Pembinaan dan pengujian sistem pengumpul tenaga suria plat datar

Samson Leoncio Bagay (2008) Pembinaan dan pengujian sistem pengumpul tenaga suria plat datar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pembinaan dan pengujian sistem pengumpul .pdf

Download (673kB) | Preview

Abstract

Sistem pengumpul tenaga suria plat datar merupakan satu sistem yang digunakan untuk menghasilkan Air Panas Suria. Terdapat dua bahagian utama yang diperlukan untuk mencapai tujuan utama iaitu pembinaan pengumpul plat datar dan juga sistem penjejakan suria. Pengumpul plat datar terdiri daripada plat penyerap, tiub kuprum, kaca lutsinar, penebat, cermin pemantul, bekas pengumpul, dan tiub saluran air panas. Manakala sistem penjejakan suria pula terdiri daripada komponen-komponen elektronik seperti sel fotorintangan,m otor arus terus, litar bersepadu,p erintang tetap, perintang boleh ubah, transistor, dan diod. Sistem penjejakan suria membolehkan permukaan pengumpul plat datar sentiasa bergerak ke arah cahaya matahari pada sudut yang optimum iaitu bersudut tegak. Objektif utama dalam kajian ini ialah membandingkan kecekapan sistem pengumpul tenaga suria plat datar dengan adanya sistem penjejakan suria dan tanpa sistem penjejakan suria. Eksperimen ini dilakukan selama enam hari iaitu tiga hari bagi sistem tanpa penjejakan suria dan tiga had bagi sistem dengan adanya penjejakan suria. Data-data diambil selang setiap satu jam bermula pada jam 0800 hingga 1600 dengan parameter-parameter seperti suhu masukan air (Tf., ), suhu keluaran air (Tf, ), suhu permukaan plat (TP), suhu ambien (T°) dan keamatan cahaya (Lux). Tranduser-tranduser seperti meter cahaya (light meter) untuk mengukur keamatan cahaya (Lux) dan termometer digital digunakan untuk mengukur suhu (°C) digunakan dalam kajian ini. Daripada data-data yang diambil, didapati purata kadar pengumpulan haba bagi sistem pegun dalam ketiga-tiga hari ialah 162.7326 J/s - m2 dan 211.9555 J/s - m2 dengan adanya sistem penjejakan suria. Purata suhu air dalam tangki simpanan sistem pegun dan sistem penjejakan suria dalam ketiga-tiga hari ialah 36.24 °C dan 41.4 °C masing-masing. Daripada data-data tersebut, jelas menunjukkan kecekapan sistem pengumpul plat datar adalah 23.22 % lebih tinggi dengan adanya sistem penjejakan suria berbanding sistem tanpa penjejakan suria.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Suria hot water, solar power collection system, solar tracking system
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 12 Jul 2018 15:42
Last Modified: 12 Jul 2018 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20482

Actions (login required)

View Item View Item