Kepelbagaian kupu-kupu di kawasan rekreasi Air Terjun Muaya, Sipitang, Sabah dan perbandingan teknik persampelan jaring dan perangkap berumpan

Norhelina Latiff (2008) Kepelbagaian kupu-kupu di kawasan rekreasi Air Terjun Muaya, Sipitang, Sabah dan perbandingan teknik persampelan jaring dan perangkap berumpan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kepelbagaian kupu-kupu.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kepelbagaian kupu-kupu di kawasan rekreasi air tetjun Muaya, Sipitang telah dijalankan dari 29 Jun 2007 hingga 13 Disember 2007. Persampelan dilakukan sebanyak tiga kali dengan menggunakan teknik jaring dan perangkap berumpan sepanjang trail ke air terjun Muaya. Sebanyak 332 individu terdiri daripada 86 spesies, 55 genera, 13 subfamili dan lima famili (Papilionidae, Pieridae, Nymphalidae, Hesperiidae and Lycaenidae) telah direkod dan diidentifikasi. Nymphalidae direkodkan sebagai famili yang paling tinggi bilangan spesies iaitu 65% spesies dari jumlah keseluruhan berbanding dengan Lycaenidae 23%, Hesperiidae 7%, Pieridae 4% dan Papilionidae 1% yang paling sedikit. Bilangan individu yang paling tinggi didominasi daripada famili Nymphalidae iaitu 285 individu daripada keseluruhan 332 individu. Indeks kepelbagaian Shannon Weiner yang paling tinggi (H=3.5195) direkodkan menggunakan teknik jaring dan paling rendah (H=3.0449) direkodkan menggunakan perangkap berumpan.lndeks Simpson yang paling tinggi (Ds=28.869) direkodkan menggunakan teknik jaring dan paling rendah (Ds=10.376) direkodkan menggunakan perangkap berumpan. Indeks Margalef yang paling tinggi <DM=10.394) direkodkan menggunakan teknik jaring dan paling rendah <DM=10.218) direkodkan menggunakan perangkap berumpan. . Perbandingan keberkesanan teknik persampelan menunjukkan tiada perbezaan signifikan pada bilangan spesies di antara teknik jaring dan perangkap berumpan. Korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan negatif (r = -0.345, p < 0.05) di antara peratus litupan kanopi dan kepelbagaian spesies.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: butterfly diversity, recreation area, baited-traps techniques
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:54
Last Modified: 17 Jul 2018 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20490

Actions (login required)

View Item View Item