Memodelkan kadar populasi kemiskinan di California

Azrani Azmi Teo (2008) Memodelkan kadar populasi kemiskinan di California. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Memodelkan kadar populasi.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kemiskinan adalah kehilangan atau tidak memiliki sesuatu yang penting dalam menentukan kualiti hidup, yang merangkumi makanan, pakaian, minuman yang bersih dan juga tempat berteduh. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendefmisikan kemiskinan sebagai tidak mempunyai peluang dalam membuat pilihan dan juga tidak berpeluang memiliki kebanyakan perkara yang asas dalam kehidupan dan kemajuan manusia untuk meneruskan kehidupan, mengekalkan kesihatan, menikmati kehidupan normal, kebebasan clan juga maruah diri. Kajian ini menggunakan analisis regresi berganda maka model terbaik akan diperolehi melalui lapan kriteria pemilihan model. Terdapat lima pembolehubah tidak bersandar, ini juga termasuk satu pembolehubah patung yang mempengaruhi kepada kadar kemiskinan. Terdapat empat ujian yang dijalankan ke atas parameter setelah model terbaik diperolehi iaitu Ujian Sejagat, Ujian Pekali, Ujian Wald dan Ujian Kerawakan. Ujian Sejagat dan Ujian Pekali menolak hipotesis nol bermakna parameter yang terlibat memberikan sumbangan clan kekal dalam model tersebut. Manakala Ujian Wald pula menerima hipotesis nol yang membawa maksud pembuangan pembolehubah yang tidak bererti adalah benar. Ujian kerawakan pula dilakukan bagi menguji reja sama ada tertabur secara rawak atau tidak. Penerimaan hipotesis nol bermaksud ralat tertabur secara rawak, dengan kata lain min bagi ralat adalah sifar

Item Type: Academic Exercise
Keyword: poverty, multiple regression analysis, standard of living
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:58
Last Modified: 17 Jul 2018 13:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20514

Actions (login required)

View Item View Item