Kajian spektroskopi inferamerah terhadap beberapa jenis Hidroxiapatite Ca10(PO4) 6 (OH) 2 daripada enamel desidus dan enamel desidus dan enamel kekal manusia

Nelly Liana Marijan (2008) Kajian spektroskopi inferamerah terhadap beberapa jenis Hidroxiapatite Ca10(PO4) 6 (OH) 2 daripada enamel desidus dan enamel desidus dan enamel kekal manusia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian spektroskopi inferamerah.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Pengetahuan tentang kandungan karbonat berguna dalam perkembangan penghasilan gigi tiruan dan tulang tiruan yang berkeupayaan dalam pertumbuhan secara semulajadi seperti gigi dan tulang normal. Empat sampel enamel diuji dalam kajian ini. Dua enamel desidus dengan kondisi berbeza iaitu enamel desidus baik dan rosak serta dua enamel kekal yang juga berbeza kondisi iaitu enamel kekal baik dan rosak. Penentuan kualitatif terhadap karbonat dijalankan menggunakan spektroskopi inframerah at au FfIR. Sasaran kajian ini adalah untuk menentukan kandungan karbonat dalam enamel desidus adalah lebih tinggi daripada enamel kekal. Hasil yang diperolehi menunjukkan kandungan karbonat dalam enamel desidus baik adalah 76.92% dan 66.67% dalam enamel desidus rosak. Bagi enamel kekal baik, peratusan keamatan kandungan karbonat adalah 41.67% dan 30.30% bagi enamel kekal rosak. Keputusan yang diperolehi menunjukkan kandungan karbonat dalam enamel desidus adalah lebih tinggi daripada enamel kekal. Selain itu, kandungan karbon at dalam enamel baik adalah lebih tinggi daripada enamel rosak. Perbezaan kandungan karbonat dalam enamel desidus dan enamel kekal manusia telah dikemukakan (Cutress, 1972). Mengikut penyelidikan Cutress (1972), didapati bahawa kandungan karbonat dalam enamel desidus adalah lebih tinggi daripada enamel kekal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: carbonate, deciduous enamel, permanent enamel, infrared spectroscopy
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 10 Aug 2018 14:33
Last Modified: 10 Aug 2018 14:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20697

Actions (login required)

View Item View Item