Arjana Awang (2006) Pengesanan Monodon Baculovirus (MBV) dalam tenakan Udang Harimau (Penaeus Monodon) di Pantai Timur Sabah menggunakan kaedah tindakbalas rantaian Polemerase (PCR). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000048.pdf Download (6MB) | Preview |
Abstract
Kajian pengesanan Monodon Baculovirus (MBV) dalam sistem ternakan udang harimau (Penaeus monodun) telah dijalankan selama 3 bulan bermula dari bulan April 2005 sehingga bulan Jun 2005 di pantai timur negeri Sabah. Dua kaedah kajian, soal-selidik dan pengutipan sampel digunakan untuk kajian ini. Kaedah soal-selidik digunakan untuk keseluruhan 65 responden yang terdiri dari pengusaha / penternak ladang ternakan udang harimau yang sedang bcroperasi masing-masing di daerah Sandakan, Lahad Datu. Kunak, Semporna dan Tawau. Sampel untuk tujuan ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) diperolehi dari 7 buah ladang di daerah Kunak. Sejumlah 175 ekor sampel dikutip secara rawak masing-masing dari sebuah kolam bagi setiap ladang.! Lima replikat (5 ekor sampel/ replikat) dikutip dan diuji di makmal untuk ujian DNA menggunakan primer khusus MBV, IQ2000. Ilasil ujian mendapati 17.7 % sampel dari 6 buah kolam dikesan dijangkiti MBV positif (sekurang-kurang I daripada 25 sampel). Sampel dari sebuah kolam didapati negatif MBV sepenuhnya. Kajiselidik dan pemerhatian yang dilakukan, mendapati pengurusan sistem temakan yang balk khususnya pengurusan kualiti air dan kualiti makanan berkemungkinan mengelakkan kolam ini dari dijangkiti MBV. Walaupun kesan jangkitan ini tidak signifikan, namun kajian ini menunjukan kewujudan lebih 85 % kolam yang dikaji wujud jangkitan MBV. Cadangan bagi mengelakkan penyakit ini merebak dan seterusnya menjejaskan pembangunan industri ternakan udang harimau di negeri ini dinyatakan secara terperinci dalam disertasi ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Monodon baculoviruses, Shrimp culture |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 23 Mar 2011 12:03 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2080 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |