Analisis operasi dan keefisienan penukaran tenaga sel solar

Ahmad Azuwan Ahmad Salim (2007) Analisis operasi dan keefisienan penukaran tenaga sel solar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000051.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Sel solar telah banyak digunakan di negara maju dan membangun. Aspek yang paling penting semasa membina sebuah sel solar ialah keluasan panel solar dan kapasiti bateri yang boleh menampung beban yang diperlukan. Keefisienan sebuah sel solar di pengaruhi oleh keamatan cahaya dan suhu sekeliling. Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat prestasi operasi dan keefisienan sel solar di bawah sinaran cahaya lampu. Dua jenis sel solar akan digunakan dalam kajian ini iaitu mono kristalin silikon dan poli kristalin silikon. Untuk mendapatkan perbezaan keamatan cahaya yang nyata, eksperimen akan dijalankan di dalam bilik yang gelap dengan menggunakan bilangan lampu yang berbeza. Eksperimen ini akan dilakukan di dalam bilik yang mempunyai sistem penghawa dingin dan yang tidak mempunyai sistem penghawa dingin bagi mengkaji faktor perbezaan suhu persekitaran. Setiap data solar dan kuasa yang dihasilkan direkodkan secara sistematik dan dianalisis. Daripada kajian yang telah dijalankan, nilai maksimum keefisienan penukaran tenaga sel solar jenis mono kristalin ialah 16.557 % dan sentiasa melebihi keefisienan sel solar jenis poli kristalin iaitu 4.5 10 %. Sebanyak 0.171 W kuasa dapat dijana pada jarak 0.1 m dan akan berkurangan apabila jarak ditambahkan iaitu 0.117 W pada jarak 0.4 m. Ini bermakna, output kuasa yang dijana oleh sel solar akan meningkat selaras dengan peningkatan keamatan cahaya. Selain itu, kita juga akan mendapati bahawa pada suhu persekitaran dan keamatan cahaya yang rendah, sel solar akan beroperasi secara maksimum.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Photovoltaic, Solar panel
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK1-9971 Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics > TK8300-8360 Photoelectronic devices (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Mar 2011 11:57
Last Modified: 17 Oct 2017 13:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2178

Actions (login required)

View Item View Item