Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu Penelusuran Daripada Sudut Sumber Sejarah

Eko Prayitno Joko (2014) Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu Penelusuran Daripada Sudut Sumber Sejarah. Jurnal Kinabalu (eJK), 20. ISSN 1394

[img]
Preview
Text
Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah.pdf

Download (131kB) | Preview
[img] Text
Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (707kB)

Abstract

Trouillot menyatakan permainan kekuasaan dalam penyusunan ceritacerita alternatif diawali dengan penciptaan fakta mahupun sumber sejarah (1995). Keadaan ini disebabkan penghasilan sesuatu penulisan sejarah sangat bergantung harap kepada keberadaan sumber-sumber institusional yang dikendalikan oleh negara, sama ada pada era kolonial mahupun semasa pascakolonial. Hasilnya, sesuatu peristiwa itu dapat dilihat dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu sejarah tentang ‘apa yang terjadi’ dan ‘apa yang dikatakan terjadi.’ Perkara ini jelas terlihat apabila kita menelusuri sejarah penyerahan wilayah utara Borneo daripada Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu yang sememangnya jarang ditekankan dalam penulisan sejarah Sabah. Walhal, peristiwa ini memainkan peranan penting dalam konteks pembentukan geopolitik moden Sabah. Walau bagaimanapun, tidak mudah merungkaikan secara tepat berkenaan peristiwa yang terjadi memandangkan Kesultanan Brunei acapkali menafikan berlakunya penyerahan wilayah utara Borneo kepada Kesultanan Sulu (Tarsilah Brunei II: 1997). Pada masa yang sama pula, Kesultanan Sulu tetap dengan pendirian mereka bahawa telah berlakunya penyerahan tersebut bersandarkan Perjanjian 1878 antara Overbeck dengan Sultan Jamal Al-Alam (Graham Irwin: 1986). Justeru, penulisan ini bukan bertujuan untuk memberikan jawapan kebenaran berkenaan penyerahan wilayah utara Borneo kepada Kesultanan Sulu, sebaliknya hanya menampilkan sumber-sumber sedia ada yang merangkumi penulisan Barat, Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Bulungan.

Item Type: Article
Keyword: Sumber sejarah, Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, penyerahan wilayah utara Borneo
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 06 May 2019 07:31
Last Modified: 29 Sep 2021 12:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21988

Actions (login required)

View Item View Item